Seksyen 108
Pengesahan syer yang tidak dikeluarkan dengan sewajarnya
Mahkamah boleh membuat suatu perintah bagi mengesahkan pengeluaran atau pengumpukan syer atau mengesahkan terma pengeluaran atau pengumpukan syer atau kedua-duanya atas permohonan yang dibuat oleh syarikat atau oleh pemegang syer atau pemegang gadai janji mana-mana syer atau oleh pemiutang syarikat, jika Mahkamah berpuas hati bahawa dalam segala hal keadaan adalah adil dan saksama untuk berbuat sedemikian.
(2)
Mahkamah boleh membuat perintah di bawah subseksyen (1)
jika syarikat membuat sesuatu yang berupa sebagai mengeluarkan atau mengumpukkan syer dan pewujudan, pengeluaran atau pengumpukan syer itu adalah tidak sah disebabkan oleh—
(a)
mana-mana peruntukan dalam Akta ini atau mana-mana undang-undang bertulis yang lain;
(b)
perlembagaan syarikat atau selainnya; atau
(c)
terma pengeluaran atau pengumpukan itu tidak selaras dengan atau tidak dibenarkan oleh mana-mana peruntukan itu.
(3)
Syer hendaklah disifatkan telah dikeluarkan atau diumpukkan dengan sah mengikut terma pengeluaran atau pengumpukan syer apabila suatu perintah Mahkamah diserah simpan dengan Pendaftar.