Skip to content
In forceUpdated to 31 Jan 2025Read it in English
Contents

110. Batasan terhadap liabiliti pemegang amanah, dsb., yang berdaftar sebagai pemilik syer

Feedback & support
(1)

Mana-mana pemegang amanah, wasi atau pentadbir harta pusaka mana-mana orang yang mati yang telah didaftarkan dalam suatu daftar atau daftar cawangan yang disimpan di Malaysia sebagai pemegang sesuatu syer dalam mana-mana perbadanan boleh didaftarkan sebagai pemegang bagi syer itu sebagaimana pemegang amanah, wasi atau pentadbir harta pusaka itu dan adalah, berkenaan dengan syer itu, tertakluk pada liabiliti yang sama dan tidak lagi

150 Undang-Undang Malaysia AKTA 777

sebagaimana yang dia mungkin akan tertakluk jika syer itu terus didaftarkan atas nama orang yang mati itu.

(2)

Mana-mana pemegang amanah, wasi atau pentadbir harta pusaka mana-mana orang yang mati yang berhak secara benefisial terhadap sesuatu syer dalam mana-mana perbadanan, iaitu syer yang didaftarkan dalam suatu daftar atau daftar cawangan yang disimpan di

Malaysia boleh, dengan persetujuan perbadanan dan pemegang berdaftar syer itu, didaftarkan sebagai pemegang bagi syer itu sebagai pemegang amanah, wasi atau pentadbir harta pusaka itu dan adalah, berkenaan dengan syer itu, tertakluk pada liabiliti yang sama dan tidak lagi sebagaimana yang dia mungkin akan tertakluk jika syer itu telah didaftarkan atas nama orang yang mati itu.

(3)

Syer dalam sesuatu perbadanan yang didaftarkan dalam suatu daftar atau daftar cawangan yang disimpan di Malaysia dan yang dipegang oleh pemegang amanah berkenaan dengan suatu amanah tertentu boleh, dengan persetujuan perbadanan itu, ditandakan dalam daftar atau daftar cawangan itu mengikut apa-apa cara bagi syer itu dikenal pasti sebagai pemegang berkenaan dengan amanah itu.

(4)

Kecuali sebagaimana yang diperuntukkan dalam Akta ini, tiada notis bagi apa-apa amanah secara nyata, tersirat atau konstruktif boleh dicatatkan dalam sesuatu daftar atau daftar cawangan atau boleh didapatkan oleh Pendaftar dan tiada liabiliti boleh terjejas oleh apa-apa perkara yang dilakukan di bawah subseksyen (1), (2) atau (3) atau di bawah undang-undang di mana-mana tempat lain yang bersamaan dengan seksyen ini dan perbadanan yang berkenaan tidak terjejas oleh notis mana-mana amanah dengan apa-apa perkara yang dilakukan sedemikian.

Lien bagi syer

Report

Bahagian II

Bahagian II Jadual itu mengikut bentuk dan cara sebagaimana yang ditentukan oleh Pendaftar; dan

Bab I

Bab II

Bab III

Bahagian VIII

Bahagian VIII Akta Pasaran Modal dan Perkhidmatan 2007;

Bahagian IV

Pemberhentian Syarikat

Bahagian V

Pelbagai

Bahagian VI

Bahagian VI Akta Pasaran Modal dan Perkhidmatan 2007;

Schedules