Skip to content

Seksyen 130

Kuasa syarikat untuk membayar faedah daripada modal dalam hal tertentu

of Akta Syarikat 2016

ActIn forceProvision 130 of 159
Seksyen 130
(1)

Jika mana-mana syer syarikat dikeluarkan bagi maksud mendapatkan wang untuk menanggung perbelanjaan bagi pembinaan apa-apa kerja atau bangunan atau penyediaan apa-apa loji yang tidak boleh memberikan keuntungan bagi tempoh yang panjang, syarikat boleh membayar faedah atau pulangan atas amaun modal syer itu sebagai berbayar pada masa ini dan mengenakan faedah atau pulangan yang dibayar atas modal syer itu sebagai sebahagian daripada kos pembinaan atau penyediaan itu.

(2)

Bagi maksud subseksyen (1)—

(a)

pembayaran tidak boleh dibuat melainkan jika pembayaran itu dibenarkan oleh perlembagaan atau oleh ketetapan khas dan diluluskan oleh Mahkamah;

(b)

pembayaran hendaklah hanya dibuat bagi apa-apa tempoh yang ditentukan oleh Mahkamah tidak melebihi dua belas bulan selepas kerja atau bangunan itu telah sebenarnya disiapkan atau loji itu disediakan;

(c)

kadar faedah atau pulangan tidak boleh melebihi lima peratus setahun atau apa-apa kadar lain yang ditetapkan pada masa ini; dan

(d)

pembayaran faedah atau pulangan tidak berkuat kuasa sebagai suatu pengurangan amaun berbayar ke atas syer yang berkenaan dengannya faedah itu dibayar.

(3)

Sebelum meluluskan apa-apa pembayaran di bawah perenggan (2)(a), Mahkamah boleh, atas perbelanjaan syarikat—

(a)

melantik seseorang untuk menyiasat dan melaporkan hal keadaan kes itu; dan

(b)

menghendaki syarikat untuk memberikan jaminan bagi pembayaran kos siasatan itu.

Syarikat 171

Subpenggal 6

Dividen