Skip to content
In forceUpdated to 31 Jan 2025Read it in English
Contents

133. Section 133

Feedback & support
(1)

Syarikat boleh mendapatkan balik daripada pemegang syer apa-apa amaun pengagihan yang dibayar kepada pemegang syer yang melebihi nilai apa-apa pengagihan yang telah dibuat dengan sepatutnya, melainkan jika pemegang syer itu—

(a)

telah menerima pengagihan itu dengan suci hati; dan

Syarikat 179

(b)

tidak mengetahui bahawa syarikat itu tidak memenuhi ujian kesolvenan sebagaimana yang dikehendaki di bawah subseksyen 132(3).

(2)

Tiap-tiap pengarah atau pengurus suatu syarikat yang dengan sengaja membayar atau mengizinkan supaya dibayar apa-apa dividen yang melanggar seksyen 131 atau 132, yang dia tahu bukan daripada keuntungan hendaklah juga bertanggungan kepada syarikat setakat lebihan amaun nilai apa-apa pengagihan dividen yang telah dibuat dengan sepatutnya.

(3)

Jika keseluruhan amaun itu didapatkan daripada seorang pengarah atau pengurus, pengarah atau pengurus itu boleh mendapatkan balik sumbangan terhadap mana-mana orang lain yang bertanggungan yang telah mengarahkan atau bersetuju dengan pembayaran itu.

(4)

Liabiliti yang dikenakan ke atas mana-mana orang di bawah seksyen ini tidak boleh diberikan atau diserahkan kepada wasinya, pentadbir harta pusakanya atau mana-mana orang selepas kematiannya.

Subpenggal 7

Pemegangan Syer Substansial

Report

Bahagian II

Bahagian II Jadual itu mengikut bentuk dan cara sebagaimana yang ditentukan oleh Pendaftar; dan

Bab I

Bab II

Bab III

Bahagian VIII

Bahagian VIII Akta Pasaran Modal dan Perkhidmatan 2007;

Bahagian IV

Pemberhentian Syarikat

Bahagian V

Pelbagai

Bahagian VI

Bahagian VI Akta Pasaran Modal dan Perkhidmatan 2007;

Schedules