Seksyen 131
Pengagihan daripada keuntungan
ActIn forceProvision 131 of 159
Seksyen 131
(1)
Tertakluk pada seksyen 132, suatu syarikat hanya boleh membuat pengagihan kepada pemegang syer daripada keuntungan yang ada bagi syarikat itu jika syarikat menjadi solven.
(2)
Syarikat, tiap-tiap pegawai dan mana-mana orang lain atau individu yang melanggar seksyen ini melakukan suatu kesalahan dan boleh, apabila disabitkan, dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi lima tahun atau didenda tidak melebihi tiga juta ringgit atau kedua-duanya.