137. Pemegang syer substansial hendaklah memberitahu syarikat mengenai kepentingannya
Feedback & supportSeorang pemegang syer substansial dalam suatu syarikat hendaklah memberikan notis secara bertulis kepada syarikat itu jika dia mempunyai apa-apa kepentingan yang berkaitan dengan mana-mana syer tertentu.
Notis itu hendaklah—
mengandungi nama, kewarganegaraan, alamat dan butir-butir penuh tentang syer mengundi yang pemegang syer substansial itu mempunyai suatu kepentingan; dan 182 Undang-Undang Malaysia AKTA 777
termasuk, melainkan jika kepentingan itu tidak boleh dikaitkan dengan suatu syer tertentu—
nama orang yang didaftarkan sebagai pemegang syer;
dan
butir-butir penuh dan hal keadaan yang menyebabkan pemegang syer substansial itu mempunyai kepentingan.
Pemegang syer substansial hendaklah memberikan notis yang disebut dalam subseksyen (1) kepada syarikat—
dalam hal suatu syarikat yang syernya disebut harga di suatu bursa saham, dalam masa tiga hari selepas orang itu menjadi pemegang syer substansial; atau
dalam mana-mana hal lain, dalam masa lima hari selepas orang itu menjadi pemegang syer substansial.
Notis hendaklah diberikan walaupun orang itu terhenti menjadi pemegang syer substansial sebelum habisnya tempoh yang disebut dalam subseksyen (3).
Mana-mana orang yang melanggar seksyen ini melakukan suatu kesalahan dan boleh, apabila disabitkan, didenda tidak melebihi satu juta ringgit dan, dalam hal suatu kesalahan yang berterusan, didenda selanjutnya tidak melebihi satu ribu ringgit bagi setiap hari kesalahan itu dilakukan selepas sabitan.