Skip to content
In forceUpdated to 31 Jan 2025Read it in English
Contents

138. Pemegang syer substansial hendaklah memberitahu syarikat tentang perubahan kepentingannya

Feedback & support
(1)

Pemegang syer substansial hendaklah memberikan notis secara bertulis kepada syarikat jika terdapat perubahan kepentingannya dalam syer mengundi syarikat itu—

Syarikat 183

(a)

dalam hal suatu syarikat yang syernya disebut di bursa saham, dalam masa tiga hari selepas tarikh pertukaran itu;

atau

(b)

dalam mana-mana hal lain, dalam masa lima hari selepas pertukaran itu.

(2)

Notis di bawah subseksyen (1) hendaklah mengandungi—

(a)

nama dan butir-butir penuh pemegang syer substansial itu;

dan

(b)

tarikh dan hal keadaan yang menyebabkan pertukaran itu berlaku.

(3)

Bagi maksud subseksyen (1), jika pemegang syer substansial dalam syarikat memperoleh atau melupuskan syer mengundi dalam syarikat itu, perolehan atau pelupusan itu hendaklah disifatkan sebagai pertukaran dalam kepentingan pemegang syer substansial dalam syer mengundi syarikat itu.

(4)

Mana-mana pemegang syer substansial yang melanggar seksyen ini melakukan suatu kesalahan dan boleh, apabila disabitkan, didenda tidak melebihi satu juta ringgit dan, dalam hal suatu kesalahan yang berterusan, didenda selanjutnya tidak melebihi satu ribu ringgit bagi setiap hari kesalahan itu dilakukan selepas sabitan.

Report

Bahagian II

Bahagian II Jadual itu mengikut bentuk dan cara sebagaimana yang ditentukan oleh Pendaftar; dan

Bab I

Bab II

Bab III

Bahagian VIII

Bahagian VIII Akta Pasaran Modal dan Perkhidmatan 2007;

Bahagian IV

Pemberhentian Syarikat

Bahagian V

Pelbagai

Bahagian VI

Bahagian VI Akta Pasaran Modal dan Perkhidmatan 2007;

Schedules