Skip to content

Seksyen 139

Orang yang terhenti menjadi pemegang syer substansial hendaklah memberitahu syarikat

of Akta Syarikat 2016

ActIn forceProvision 139 of 159
Seksyen 139
(1)

Seseorang hendaklah memberikan notis secara bertulis kepada syarikat jika dia terhenti menjadi pemegang syer substansial dalam syarikat—

(a)

dalam hal suatu syarikat yang syernya disebut di bursa saham, dalam masa tiga hari selepas orang itu terhenti menjadi pemegang syer substansial; atau

(b)

dalam mana-mana hal lain, dalam masa lima hari selepas orang itu terhenti menjadi pemegang syer substansial.

(2)

Notis itu hendaklah mengandungi—

(a)

nama dan tarikh orang itu terhenti menjadi pemegang syer substansial; dan

(b)

butir-butir penuh hal keadaan yang menyebabkan orang itu terhenti menjadi pemegang syer substansial.

(3)

Mana-mana pemegang syer substansial yang melanggar seksyen ini melakukan suatu kesalahan dan boleh, apabila disabitkan, didenda tidak melebihi satu juta ringgit, dan dalam hal suatu kesalahan yang berterusan, didenda selanjutnya tidak melebihi satu ribu ringgit bagi setiap hari kesalahan itu dilakukan selepas sabitan.