Skip to content
In forceUpdated to 31 Jan 2025Read it in English
Contents

144. Syarikat hendaklah menyimpan dan menyenggara daftar pemegang syer substansial

Feedback & support
(1)

Syarikat hendaklah menyimpan suatu daftar dan hendaklah dengan serta-merta mencatatkan—

(a)

nama orang dengan mengikut susunan abjad yang daripadanya syarikat itu menerima suatu notis di bawah seksyen 137 dan maklumat yang diberikan dalam notis itu bersetentangan dengan setiap nama yang dicatatkan dalam daftar itu; dan

(b)

maklumat yang diberikan dalam notis itu jika syarikat menerima suatu notis di bawah seksyen 138 atau 139.

(2)

Daftar itu hendaklah disimpan di pejabat berdaftar syarikat itu dan hendaklah dibuka bagi pemeriksaan oleh mana-mana anggota syarikat tanpa dikenakan bayaran dan oleh mana-mana orang lain apabila dibayar sepuluh ringgit bagi setiap pemeriksaan atau apa-apa jumlah yang lebih kurang sebagaimana yang dikehendaki oleh syarikat.

(3)

Pendaftar boleh pada bila-bila masa secara bertulis menghendaki syarikat untuk memberikan kepadanya salinan daftar atau mana-mana bahagian daftar dalam masa empat belas hari dari hari kehendak itu diterima oleh syarikat.

(4)

Suatu syarikat tidak boleh—

Syarikat 187

(a)

disifatkan bagi apa-apa maksud sebagai mempunyai pengetahuan tentang; atau

(b)

dimasukkan ke dalam siasatan mengenai, hak seseorang bagi atau berhubung dengan sesuatu syer dalam syarikat itu disebabkan oleh apa-apa perkara yang dilakukan di bawah

Subpenggal ini.

(5)

Syarikat dan tiap-tiap pegawai yang melanggar seksyen ini melakukan suatu kesalahan.

Report

Bahagian II

Bahagian II Jadual itu mengikut bentuk dan cara sebagaimana yang ditentukan oleh Pendaftar; dan

Bab I

Bab II

Bab III

Bahagian VIII

Bahagian VIII Akta Pasaran Modal dan Perkhidmatan 2007;

Bahagian IV

Pemberhentian Syarikat

Bahagian V

Pelbagai

Bahagian VI

Bahagian VI Akta Pasaran Modal dan Perkhidmatan 2007;

Schedules