Skip to content

Seksyen 136

Pemegangan syer substansial dan pemegang syer substansial

of Akta Syarikat 2016

ActIn forceProvision 136 of 159
Seksyen 136

(a)

jika orang itu mempunyai kepentingan dalam satu atau lebih syer mengundi dalam syarikat dan bilangan atau agregat bilangan syer itu tidak kurang daripada lima peratus jumlah keseluruhan bilangan syer mengundi yang dimasukkan dalam syarikat itu; atau

(b)

suatu syarikat yang modal syernya dibahagikan kepada—

(i)

dua atau lebih kelas syer, jika orang itu mempunyai kepentingan dalam satu atau lebih syer mengundi yang termasuk dalam satu daripada kelas itu; dan

(ii)

bilangan atau agregat bilangan syer itu tidak kurang daripada lima peratus agregat bilangan jumlah

Syarikat 175

keseluruhan semua syer mengundi yang dimasukkan dalam kelas syer itu.

(2)

Seseorang yang mempunyai pemegangan syer substansial dalam suatu syarikat ialah pemegang syer substansial dalam syarikat itu.