Seksyen 75
Persidangan Mahkamah
of Akta Mahkamah Kehakiman 1964
ActIn forceProvision 72 of 99
Seksyen 75
(1)
Mahkamah hendaklah bersidang pada apa-apa tarikh dan di mana-mana tempat yang ditetapkan oleh Ketua Hakim Negara dari semasa ke semasa:
Dengan syarat bahawa Ketua Hakim Negara boleh, jika didapatinya suai manfaat, mengarahkan supaya apa-apa rayuan didengar pada bila-bila masa dan di mana-mana tempat di Malaysia.
(2)
Ketua Hakim Negara boleh membatalkan atau menangguhkan mana-mana persidangan Mahkamah yang telah ditetapkan di bawah subseksyen (1).