Akta Pergigian 2018 · Updated to 26 Jun 2018 · Bab 2
31. Pendaftaran doktor pergigian dan juruterapi pergigian
Feedback & supportSuatu permohonan bagi pendaftaran—
sebagai doktor pergigian, hendaklah dibuat kepada
Pendaftar Pergigian; dan
Pergigian 31
sebagai juruterapi pergigian, hendaklah dibuat kepada
Pendaftar Juruterapi Pergigian.
Permohonan di bawah subseksyen (1) hendaklah dibuat dalam borang yang ditetapkan berserta dengan dokumen, maklumat dan butir-butir yang ditentukan oleh Majlis atau Lembaga, mengikut mana-mana yang berkenaan, dan permohonan itu hendaklah disertakan dengan fi yang ditetapkan dalam Jadual Keempat.
Pendaftar Pergigian atau Pendaftar Juruterapi Pergigian hendaklah mempertimbangkan permohonan di bawah subseksyen (1), dan boleh menghendaki pemohon supaya mengemukakan maklumat atau dokumen lanjut untuk menyokong permohonan itu.
Jika Pendaftar Pergigian meluluskan permohonan di bawah subseksyen (1) berhubung dengan seorang doktor pergigian,
Pendaftar Pergigian hendaklah mengeluarkan perakuan pendaftaran kepada pemohon dan mencatat namanya dalam Bahagian I Daftar
Pergigian.
Jika Pendaftar Juruterapi Pergigian meluluskan permohonan di bawah subseksyen (1) berhubung dengan seorang juruterapi pergigian, Pendaftar Juruterapi Pergigian hendaklah mengeluarkan perakuan pendaftaran kepada pemohon dan mencatat namanya dalam Bahagian A Daftar Juruterapi Pergigian.
Jika Pendaftar Pergigian atau Pendaftar Juruterapi Pergigian menolak permohonan di bawah subseksyen (1), Pendaftar Pergigian atau Pendaftar Juruterapi Pergigian, mengikut mana-mana yang berkenaan, hendaklah memberitahu pemohon mengenai keputusannya melalui suatu notis secara bertulis.
Mana-mana pemohon yang terkilan dengan keputusan
Pendaftar Pergigian atau Pendaftar Juruterapi Pergigian di bawah subseksyen (6) boleh, dalam tempoh tiga puluh hari dari tarikh notis dalam subseksyen (6), merayu secara bertulis kepada Majlis atau Lembaga, mengikut mana-mana yang berkenaan, dan hadir di hadapan Majlis atau Lembaga, mengikut mana-mana yang berkenaan, dan didengar sendiri atau melalui peguam bela dan peguam caranya.
Undang-Undang Malaysia 32