Skip to content
In forceUpdated to 26 Jun 2018Read it in English

Bab 2

32. Sekatan ke atas pendaftaran

Feedback & support
(1)

Majlis atau Lembaga boleh mengarahkan Pendaftar

Pergigian atau Pendaftar Juruterapi Pergigian, mengikut mana-mana yang berkenaan, untuk tidak mencatat nama mana-mana orang yang memohon bagi pendaftaran sebagai doktor pergigian atau juruterapi pergigian dalam Daftar Pergigian atau Daftar Juruterapi

Pergigian jika—

(a)

dia telah, pada bila-bila masa, didapati bersalah atas suatu kesalahan yang melibatkan fraud, kecurangan atau keburukan akhlak, atau suatu kesalahan yang boleh dihukum dengan pemenjaraan, sama ada hukuman penjara sahaja atau sebagai tambahan kepada atau sebagai ganti denda;

(b)

dia telah, selepas penyiasatan yang sewajarnya, didapati bersalah oleh Majlis atau Lembaga kerana berkelakuan buruk dari apa-apa segi profesional atau selainnya tidak mempunyai nama dan kelakuan baik;

(c)

dia telah melanggar mana-mana peruntukan Akta ini atau mana-mana peraturan-peraturan yang dibuat di bawah Akta ini;

(d)

namanya telah dipotong daripada daftar pengamal pergigian atau daftar juruterapi pergigian, atau daripada daftar mana-mana maktab pergigian atau badan pelesenan yang disenggara di mana-mana tempat di luar Malaysia, akibat daripada apa-apa salah laku atau prosiding tatatertib; atau

(e)

dia telah, selepas penyiasatan yang sewajarnya oleh

Panel Kelayakan Mengamal, didapati tidak berupaya oleh sebab kelemahan fizikal atau mental, atau didapati tidak kompeten untuk melaksanakan tugas profesionalnya.

(2)

Jika Majlis atau Lembaga menolak untuk mencatat nama seseorang dalam Daftar Pergigian atau Daftar Juruterapi Pergigian,

Pendaftar Pergigian atau Pendaftar Juruterapi Pergigian, mengikut mana-mana yang berkenaan, hendaklah memberitahu orang itu secepat yang dapat dilaksanakan mengenai penolakan itu.

(3)

Selepas apa-apa penyiasatan di bawah perenggan (1)(e), pemohon berhak untuk hadir di hadapan Majlis atau Lembaga, mengikut mana-mana yang berkenaan, dan didengar sendiri atau melalui peguam bela dan peguam caranya.

Pergigian 33

Report

Bab 3

Bab 4

Bahagian V

Prosiding Tatatertib

Bahagian VI

Kesalahan

Bahagian VII

Penguatkuasaan

Bahagian VIII

Pelbagai

Bahagian IX

Pemansuhan, Kecualian dan Peralihan

Schedules