Seorang pengamal yang namanya tidak terdapat dalam
Bahagian Pakar Daftar Pergigian tidak boleh mengamal sebagai pakar pergigian dalam kepakaran itu.
Undang-Undang Malaysia 34
Seseorang doktor pergigian boleh memohon untuk didaftarkan sebagai pakar pergigian jika—
dia telah didaftarkan dalam Bahagian I Daftar Pergigian;
dia memegang apa-apa kelayakan pakar lepas ijazah sebagaimana yang dinyatakan oleh Majlis;
dia memenuhi kehendak dan telah disyorkan sebagai pakar oleh Jawatankuasa Penilaian Pakar Pergigian;
dan
dia membuktikan sehingga Pendaftar Pergigian berpuas hati bahawa dia seorang yang layak dan sesuai dan mempunyai akhlak yang baik.
Suatu permohonan bagi pendaftaran sebagai pakar pergigian hendaklah dibuat kepada Pendaftar Pergigian dalam borang yang ditetapkan berserta dengan dokumen, maklumat dan butir-butir yang ditentukan oleh Majlis dan permohonan itu hendaklah disertakan dengan fi yang ditetapkan dalam Jadual Keempat.
Apabila menerima permohonan di bawah subseksyen (3),
Pendaftar Pergigian hendaklah mengemukakan permohonan itu kepada Jawatankuasa Penilaian Pakar Pergigian bagi penilaian dan syor.
Jawatankuasa Penilaian Pakar Pergigian hendaklah mempertimbangkan permohonan di bawah subseksyen (3) dan boleh menghendaki pemohon supaya mengemukakan maklumat atau dokumen lanjut untuk menyokong permohonan itu.
Jawatankuasa Penilaian Pakar Pergigian hendaklah mengesyorkan kepada Pendaftar Pergigian sama ada permohonan itu boleh diluluskan atau ditolak.
Jika Pendaftar Pergigian meluluskan permohonan di bawah subseksyen (3), Pendaftar Pergigian hendaklah mengeluarkan suatu perakuan pendaftaran sebagai pakar pergigian kepada pemohon dan mencatat namanya dalam Bahagian Pakar Daftar Pergigian.
Jika Pendaftar Pergigian menolak permohonan di bawah subseksyen (3), Pendaftar Pergigian hendaklah memberitahu pemohon mengenai keputusannya melalui suatu notis secara bertulis.
Pergigian 35
Mana-mana orang yang terkilan dengan keputusan Pendaftar
Pergigian di bawah subseksyen (8) boleh, dalam tempoh tiga puluh hari dari tarikh notis dalam subseksyen (8), merayu secara bertulis kepada Majlis dan hadir di hadapan Majlis dan didengar sendiri atau melalui peguam bela dan peguam caranya.
Mana-mana pengamal pergigian yang layak untuk didaftarkan dalam Bahagian Pakar Daftar Pergigian dan telah didaftarkan dengan Daftar Pakar Kebangsaan hendaklah dikecualikan daripada fi yang ditetapkan dalam Jadual Keempat.
Pendaftaran sebagai juruterapi pergigian pascaasas