Mana-mana orang boleh memohon bagi pendaftaran bersyarat jika pendaftaran bersyarat itu dikehendaki untuk memenuhi syarat bagi pendaftaran atau pekerjaan di luar Malaysia jika—
dia memegang suatu kelayakan yang diberikan oleh institusi latihan tempatan yang diakreditasikan;
dia telah diperakui sebagai telah memenuhi kehendak
Peperiksaan Kelayakan Profesional; dan
dia telah membuktikan sehingga Pendaftar Pergigian berpuas hati bahawa dia seorang yang layak dan sesuai dan mempunyai akhlak yang baik.
Suatu permohonan bagi pendaftaran bersyarat hendaklah dibuat kepada Pendaftar Pergigian dalam borang yang ditetapkan berserta dengan dokumen, maklumat dan butir-butir yang ditentukan oleh Majlis dan permohonan itu hendaklah disertakan dengan fi yang ditetapkan dalam Jadual Keempat.
Jika Pendaftar Pergigian meluluskan permohonan di bawah subseksyen (2), Pendaftar Pergigian hendaklah mengeluarkan suatu perakuan pendaftaran bersyarat kepada pemohon.
Jika Pendaftar Pergigian menolak permohonan di bawah subseksyen (2), Pendaftar Pergigian hendaklah memberitahu pemohon mengenai keputusannya melalui suatu notis secara bertulis.
Pergigian 37
Mana-mana pemohon yang terkilan dengan keputusan
Pendaftar Pergigian di bawah subseksyen (4) boleh, dalam tempoh tiga puluh hari dari tarikh notis dalam subseksyen (4), merayu secara bertulis kepada Majlis.
Seseorang yang memegang perakuan pendaftaran bersyarat tidak boleh menjalankan amalan pergigian di Malaysia dan tidak layak diberikan perakuan pengamalan.