Skip to content
In forceUpdated to 26 Jun 2018Read it in English

Bab 2

33. Panel Kelayakan Mengamal

Feedback & support
(1)

Majlis atau Lembaga boleh menubuhkan Panel Kelayakan

Mengamal secara ad hoc untuk menilai keadaan perubatan pengamal pergigian atau juruterapi pergigian.

(2)

Panel Kelayakan Mengamal hendaklah terdiri daripada anggota yang berikut:

(a)

dua orang pengamal perubatan, seorang daripadanya hendaklah seorang pakar; dan

(b)

seorang doktor pergigian, yang hendaklah menjadi pengerusi.

(3)

Sebagai tambahan kepada anggota yang dinyatakan dalam subseksyen (2), Majlis atau Lembaga hendaklah melantik seorang juruterapi pergigian sebagai anggota Panel Kelayakan Mengamal dalam hal Panel Kelayakan Mengamal dikehendaki untuk menilai keadaan perubatan seorang juruterapi pergigian.

(4)

Panel Kelayakan Mengamal—

(a)

hendaklah, melalui suatu notis bertulis, menghendaki pengamal pergigian atau juruterapi pergigian untuk mengemukakan laporan perubatan daripada hospital

Kerajaan dalam borang yang ditetapkan dalam tempoh dua bulan dari tarikh notis itu; dan

(b)

boleh, melalui suatu notis bertulis, menghendaki pengamal pergigian atau juruterapi pergigian untuk hadir di hadapan Panel Kelayakan Mengamal pada tarikh, masa dan tempat yang dinyatakan dalam notis.

(5)

Panel Kelayakan Mengamal hendaklah melaporkan dapatannya dan membuat suatu syor kepada Majlis atau Lembaga, mengikut mana-mana yang berkenaan, dalam tempoh empat bulan dari tarikh pelantikan Panel Kelayakan Mengamal itu.

Pendaftaran sebagai pakar pergigian

Report

Bab 3

Bab 4

Bahagian V

Prosiding Tatatertib

Bahagian VI

Kesalahan

Bahagian VII

Penguatkuasaan

Bahagian VIII

Pelbagai

Bahagian IX

Pemansuhan, Kecualian dan Peralihan

Schedules