Seseorang juruterapi pergigian boleh memohon untuk didaftarkan sebagai juruterapi pergigian pascaasas jika—
dia telah didaftarkan di dalam Bahagian A Daftar
Juruterapi Pergigian;
dia memegang apa-apa kelayakan yang boleh didaftarkan yang tersenarai dalam Jadual Ketiga, yang diberikan oleh suatu institusi yang dinyatakan berhubung dengan kelayakan itu; dan
dia telah membuktikan sehingga Pendaftar Juruterapi
Pergigian berpuas hati bahawa dia seorang yang layak dan sesuai dan mempunyai akhlak yang baik.
Suatu permohonan bagi pendaftaran sebagai juruterapi pergigian pascaasas hendaklah dibuat kepada Pendaftar Juruterapi
Pergigian dalam borang yang ditetapkan berserta dengan dokumen, maklumat dan butir-butir yang ditentukan oleh Lembaga dan permohonan itu hendaklah disertakan dengan fi yang ditetapkan dalam Jadual Keempat.
Jika Pendaftar Juruterapi Pergigian meluluskan permohonan di bawah subseksyen (2), Pendaftar Juruterapi Pergigian hendaklah mengeluarkan suatu perakuan pendaftaran sebagai juruterapi pergigian pascaasas kepada pemohon dan mencatat namanya dalam Bahagian B Daftar Juruterapi Pergigian.
Undang-Undang Malaysia 36
Jika Pendaftar Juruterapi Pergigian menolak permohonan di bawah subseksyen (2), Pendaftar Juruterapi Pergigian hendaklah memberitahu pemohon mengenai keputusannya melalui suatu notis secara bertulis.
Mana-mana orang yang terkilan dengan keputusan Pendaftar
Juruterapi Pergigian di bawah subseksyen (4) boleh, dalam tempoh tiga puluh hari dari tarikh notis dalam subseksyen (4), merayu secara bertulis kepada Lembaga dan hadir di hadapan Lembaga dan didengar sendiri atau melalui peguam bela dan peguam caranya.