Akta Keselamatan Sosial Pekerja 1969 · Updated to 1 Oct 2024 · Bahagian VII · Pelbagai
102. Caruman, dsb., yang kena dibayar kepada Pertubuhan hendaklah mendapat keutamaan daripada hutang lain
Feedback & supportMaka hendaklah disifatkan sebagai termasuk antara hutang yang, menurut mana-mana undang-undang bertulis yang berhubungan dengan hal tidak berkemampuan yang berkuat kuasa dalam negeri ini, ada dalam harta pihak tidak berkemampuan yang kena dibahagikan atau ada dalam aset sesuatu syarikat yang sedang diselesaikan urusannya yang kena dibahagikan, dibayar dengan diberi keutamaan daripada segala hutang lain, jumlah wang yang kena dibayar mengenai apa-apa caruman atau apa-apa jumlah wang lain yang kena dibayar di bawah Akta ini yang tanggungan bagi membayarnya telah wujud sebelum tarikh perintah keputusan mengenai pihak tidak berkemampuan itu atau tarikh penyelesaian urusan itu.