Akta Keselamatan Sosial Pekerja 1969 · Updated to 1 Oct 2024 · Bahagian VII · Pelbagai
105. Kuasa Menteri untuk membuat peraturan-peraturan
Feedback & supportMenteri boleh membuat peraturan-peraturan, yang tidak bertentangan dengan Akta ini, bagi mentadbirkan hal ehwal
Pertubuhan dan bagi melaksanakan Akta ini.
Khususnya dan dengan tidak menyentuh keluasan kuasa yang tersebut di atas, peraturan-peraturan itu boleh membuat peruntukan bagi semua atau mana-mana perkara yang berikut, iaitu:
(Dipotong oleh Akta A675);
(Dipotong oleh Akta A675);
cara bagaimana apa-apa caruman yang kena dibayar di bawah Akta ini dikehendaki ditaksir dan dipungut;
pengenaan bunga mengikut kadar yang tidak kurang daripada enam peratus setahun atas caruman yang kena
Keselamatan Sosial Pekerja 99
dibayar tetapi tidak dibayar tertakluk pada lima ringgit sekurang-kurangnya bagi setiap bulan atau sebahagian daripada sebulan yang tidak dibayar selepas tarikh yang sepatutnya dan syarat yang membolehkan bunga itu tidak dikenakan;
bunga yang kena dibayar bagi jumlah wang yang kena dibayar untuk bantuan ilat;
penghitungan gaji bagi maksud menetapkan caruman yang kena dibayar di bawah Akta ini;
perakuan hilang upaya dan kelayakan bagi apa-apa faedah berupa wang;
cara menentukan nilai aktuari pada masa itu bagi bayaran berkala;
pentaksiran nilai wang bagi apa-apa faedah yang bukan berupa wang;
tempoh dalam masa dan borang yang dengannya sesuatu tuntutan faedah boleh dibuat dan butiran yang dikehendaki dinyatakan dalam tuntutan itu;
hal keadaan bagaimana seseorang pekerja yang menerima faedah hilang upaya boleh dibuang kerja, diberhentikan, dikurangkan atau pun dihukum;
cara bagaimana dan tempat dan masa bila sesuatu faedah akan dibayar;
cara mengira jumlah faedah berupa wang yang kena dibayar dan hal keadaan bagaimana dan setakat mana penggantian faedah hilang upaya dan faedah orang tanggungan boleh dibenarkan dan cara mengira nilai penggantian itu;
syarat yang membolehkan sesuatu faedah digantung;
100
Undang-Undang Malaysia
syarat yang dikehendaki dipatuhi oleh seseorang apabila menerima sesuatu faedah dan pemeriksaan berkala kesihatan orang tersebut;
lawatan mengenai orang hilang upaya;
pelantikan pengamal perubatan bagi maksud Akta ini, kewajipan pengamal tersebut dan borang perakuan kesihatan;
penalti kerana melanggar peraturan dengan denda (tidak lebih daripada dua hari gaji bagi pelanggaran pertama kali dan tidak lebih daripada tiga hari gaji bagi sesuatu langgaran seterusnya) yang boleh dikenakan ke atas pekerja;
hal keadaan bagaimana dan syarat yang tertakluk padanya mana-mana peraturan boleh dikendurkan, takat pengenduran itu dan dengan kuasa siapa pengenduran itu boleh dibenarkan;
penyata dan laporan yang dikehendaki disampaikan dan daftar atau rekod yang dikehendaki disenggarakan oleh majikan utama dan majikan langsung, bentuk penyata dan laporan, daftar atau rekod itu dan masa penyata dan laporan itu dikehendaki disampaikan dan butir-butir yang patut terkandung dalam penyata, laporan, daftar dan rekod itu;
(xxa) kesalahan di bawah Akta ini atau mana-mana perundangan subsidiari yang dibuat di bawah Akta ini yang boleh dikompaun, dan kriteria, kaedah dan tatacara bagi mengkompaun kesalahan yang boleh dikompaun itu;
kewajipan dan kuasa Pemeriksa dan pegawai dan pekhidmat lain Pertubuhan;
(xxia) keanggotaan jemaah doktor, termasuk Jemaah Doktor
Khas;
Keselamatan Sosial Pekerja 101
keanggotaan Jemaah Rayuan Keselamatan Sosial dan
Jemaah Doktor Rayuan, kelayakan orang yang boleh dilantik menjadi pengerusi dan ahli, dan syarat perkhidmatan bagi pengerusi dan ahli tersebut;
tatacara yang akan diikuti dalam prosiding di hadapan
Jemaah Rayuan Keselamatan Sosial dan Jemaah Doktor
Rayuan dan pelaksanaan keputusan oleh Jemaah Rayuan itu;
bayaran yang kena dibayar bagi permohonan yang dibuat kepada Jemaah Rayuan Keselamatan Sosial, belanja bersampingan dengan prosiding jemaah itu, bentuk yang mengikutnya permohonan patut dibuat kepada jemaah dan butir-butir yang dikehendaki dinyatakan dalam permohonan itu;
penubuhan hospital, dispensari dan yayasan lain, penguntukan orang berinsurans kepada hospital, dispensari atau yayasan lain itu setelah berunding dengan
Kementerian Kesihatan;
tingkatan faedah perubatan yang akan diadakan di mana-mana hospital, klinik, dispensari atau yayasan, penyenggaraan rekod perubatan dan penyampaian penyata perangkaan;
jenis dan had kakitangan, kelengkapan dan ubat yang akan diadakan di hospital, dispensari dan yayasan itu;
tatacara yang dikehendaki diikuti apabila mengirim caruman kepada Pertubuhan;
pendaftaran perusahaan;
perkara yang dikehendaki dipertimbangkan dalam penilaian berkala aset dan tanggungan Pertubuhan;
pelaburan Kumpulan Wang Keselamatan Sosial dan pemindahan atau perealisasiannya, bank di mana wang
102
Undang-Undang Malaysia
Pertubuhan boleh disimpan, mendapatkan dan membayar balik pinjaman dan kawalan dan tatacara kewangan dengan berunding dengan Menteri Kewangan;
(xxxia) pengenaan apa-apa fi atau caj bagi pemberian apa-apa maklumat atau dokumen yang berada dalam jagaan
Pertubuhan; dan
apa-apa perkara yang berkenaan dengannya peraturan-peraturan dikehendaki atau dibenarkan dibuat oleh Akta ini.