Skip to content
In forceUpdated to 1 Oct 2024Read it in English

Bahagian VII · Pelbagai

106A. Kadar faedah

Feedback & support

Kadar faedah sebagaimana yang dinyatakan dalam seksyen 20,

20A, 30 dan dalam Jadual Keempat hendaklah terpakai bagi semua kes yang sedang menerima bayaran faedah pada tarikh kadar itu mula berkuat kuasa:

Keselamatan Sosial Pekerja 103

Dengan syarat bahawa mana-mana faedah dan tambahan kepada faedah yang telah sedia diperuntukkan oleh undang-undang hendaklah dipotong daripada kadar dihitung semula yang baru sebagaimana yang diperuntukkan oleh seksyen itu:

Dan dengan syarat selanjutnya bahawa seksyen ini tidak menjejaskan sesuatu kes jika faedah yang telah dibayar adalah lebih daripada kadar dihitung semula yang baru:

Dan dengan syarat selanjutnya bahawa dalam hal apabila orang berinsurans yang menerima pencen ilat mati sebelum 1 Februari 1986, amaun kadar bulanan pencen ilat bagi maksud pencen penakat di bawah seksyen 20A ialah amaun yang berhak diterima oleh orang berinsurans yang mati itu sekiranya dia masih hidup dalam bulan

Januari 1986.

Report