Skip to content
In forceUpdated to 1 Oct 2024Read it in English

Bahagian VII · Pelbagai

110. Kuasa Ketua Pengarah

Feedback & support
(1)

Bagi maksud Akta ini, Ketua Pengarah dan mana-mana pegawai lain Pertubuhan yang diberi kuasa olehnya adalah mempunyai segala kuasa Hakim Mahkamah Sesyen untuk menyaman dan memeriksa majikan, orang berinsurans, saksi dan orang lain dan

Keselamatan Sosial Pekerja 105

mengendalikan sumpah atau ikrar dan untuk memaksa pengemukaan dokumen dan benda material.

(2)

Mana-mana orang yang dengan apa-apa cara sengaja menghalang disampaikan atau dipatuhi apa-apa saman dan mana-mana orang yang disaman yang abai hadir dan mengemukakan dokumen sebagaimana dikehendaki dalam saman itu boleh dihukum dengan pemenjaraan selama tempoh yang boleh sampai dua tahun, atau denda tidak melebihi sepuluh ribu ringgit, atau kedua-duanya.

(3)

Ketua Pengarah atau mana-mana pegawai lain yang diberi kuasa olehnya hendaklah disifatkan sebagai pekhidmat awam mengikut pengertian Kanun Keseksaan.

Report