Akta Keselamatan Sosial Pekerja 1969 · Updated to 1 Oct 2024 · Bahagian VII · Pelbagai
112A. Penyerahan dokumen secara elektronik
Feedback & supportTertakluk pada subseksyen
,
Pertubuhan boleh membenarkan apa-apa penyata, penyataan, butiran, rekod, notis, laporan, daftar atau dokumen lain yang dikehendaki untuk diserahkan atau dikemukakan di bawah Akta ini atau peraturan-peraturan yang dibuat di bawah Akta ini melalui perantara elektronik atau secara penyampaian elektronik.
Syarat dan spesifikasi yang di bawahnya sesuatu penyata, penyataan, butiran, rekod, notis, laporan, daftar atau dokumen lain yang disebut dalam subseksyen (1) hendaklah diserahkan atau dikemukakan hendaklah sebagaimana yang ditentukan oleh
Pertubuhan.
Penyata, penyataan, butiran, rekod, notis, laporan, daftar atau dokumen lain yang disebut dalam subseksyen (1) hendaklah disifatkan telah diserahkan atau dikemukakan oleh seseorang kepada Pertubuhan pada tarikh pengakuterimaan dokumen itu disampaikan secara elektronik oleh Pertubuhan kepada orang itu.
Pengakuterimaan oleh Pertubuhan, penyata, penyataan, butiran, rekod, notis, laporan, daftar atau dokumen lain yang diserah atau dikemukakan menurut subseksyen (3) hendaklah diterima sebagai keterangan dalam mana-mana prosiding.