Akta Keselamatan Sosial Pekerja 1969 · Updated to 1 Oct 2024 · Bahagian VII · Pelbagai
103A. Pelupusan dokumen selepas lebih daripada tiga tahun
Feedback & supportKetua Pengarah boleh membenarkan mana-mana dokumen berasaskan kertas kepunyaan Pertubuhan disalin ke atas bahan tara elektronik dengan cara yang akan memastikan bahawa imej tepat dokumen itu dapat dilihat, dikeluarkan semula dan disalin.
Jika sesuatu dokumen berasaskan kertas telah disalin mengikut subseksyen (1), Ketua Pengarah boleh membenarkan pelupusan dokumen berasaskan kertas itu selepas tamat tempoh tiga tahun dari pembuatan salinan elektronik itu.
Sesuatu salinan dokumen yang disimpan pada bahan tara elektronik mengikut subseksyen (1) hendaklah boleh diterima sebagai keterangan tentang apa-apa fakta yang dinyatakan di dalamnya mengikut seksyen 90A Akta Keterangan 1950 [Akta 56].