Akta Keselamatan Sosial Pekerja 1969 · Updated to 1 Oct 2024 · Bahagian VII · Pelbagai
108. Kuasa untuk menghapuskan kesulitan
Feedback & support(1)
Jika apa-apa kesulitan terbit pada melaksanakan peruntukan
Akta ini, Menteri Sumber Manusia atau Menteri Kewangan, mengikut mana-mana yang berkenaan, boleh, dengan perintah yang disiarkan dalam Warta, membuat apa-apa peruntukan atau memberikan apa-apa arahan yang tidak bertentangan dengan peruntukan Akta ini, sebagaimana yang didapatinya perlu atau suai manfaat bagi menghapuskan kesulitan itu.
(2)
Apa-apa perintah yang dibuat di bawah seksyen ini hendaklah berkuat kuasa walau apa pun peruntukan yang bertentangan dengannya dalam mana-mana peraturan-peraturan yang dibuat di bawah Akta ini.
104
Undang-Undang Malaysia