Akta Keselamatan Sosial Pekerja 1969 · Updated to 1 Oct 2024 · Bahagian VII · Pelbagai
111. Pertubuhan berurusan dengan orang yang diberi kuasa
Feedback & support(1)
Dalam semua perkara mengenai faedah di bawah Akta ini,
Pertubuhan boleh berurusan secara langsung dengan orang berinsurans atau orang tanggungannya, atau seorang pegawai kesatuan sekerja berdaftar yang diberi kuasa secara bertulis oleh orang berinsurans itu atau orang tanggungannya, atau seorang pengamal undang-undang yang mewakili orang berinsurans itu atau orang tanggungannya.
(2)
Pertubuhan boleh enggan melayani apa-apa representasi yang dibuat oleh mana-mana orang lain.