Akta Keselamatan Sosial Pekerja 1969 · Updated to 1 Oct 2024 · Bahagian VII · Pelbagai
97. Pengecualian bagi perusahaan atau kelas perusahaan
Feedback & supportMenteri boleh, melalui pemberitahuan dalam Warta dan tertakluk pada apa-apa syarat sebagaimana yang dinyatakan dalam pemberitahuan itu, mengecualikan mana-mana perusahaan atau kelas perusahaan dalam mana-mana kawasan yang tertentu daripada kuat kuasa Akta ini bagi tempoh selama tidak lebih daripada satu tahun dan boleh dari semasa ke semasa melalui pemberitahuan yang serupa membaharui pengecualian tersebut, bagi tempoh selama tidak lebih daripada satu tahun pada sesuatu masa.