Skip to content
In forceUpdated to 1 Oct 2024Read it in English

Bahagian VII · Pelbagai

108A. Tanggungan bersesama dan berasingan pengarah

Feedback & support

Jika apa-apa jumlah wang yang merupakan caruman berserta apa-apa bunga yang kena dibayar atasnya masih tidak dibayar oleh sesuatu syarikat, firma atau persatuan orang, walau apa pun apa-apa jua yang berlawanan dalam Akta ini atau mana-mana undang-undang bertulis lain, pengarah syarikat itu termasuk mana-mana orang yang merupakan pengarah syarikat itu dalam tempoh caruman itu kena dibayar, atau anggota firma itu termasuk mana-mana orang yang merupakan anggota firma itu dalam tempoh caruman itu kena dibayar atau pemegang jawatan persatuan orang itu, termasuk mana-mana orang yang merupakan pemegang jawatan persatuan itu dalam tempoh caruman itu kena dibayar, mengikut mana-mana yang berkenaan, hendaklah bersama-sama dengan syarikat, firma atau persatuan orang itu bertanggungan secara bersesama dan berasingan bagi caruman itu berserta bunga yang genap masa dan kena dibayar atasnya kepada

Pertubuhan.

Report