Skip to content
In forceUpdated to 1 Oct 2024Read it in English

Bahagian VII · Pelbagai

106. Kewajipan Lembaga untuk mengkaji semula faedah

Feedback & support

Tanpa menyentuh seksyen 59I, apabila perubahan material pada pendapatan keseluruhan berbangkit daripada perubahan material pada belanja hidup, Lembaga hendaklah memeriksa kedudukan itu berasaskan penilaian aktuari yang dibuat di bawah seksyen 82 dan hendaklah membuat syor kepada Menteri bagi melaraskan Rancangan

Insurans Sosial untuk mempertahankan nilai sebenar faedah wang tunai tertentu. Syor Lembaga, yang hendaklah disertakan dengan laporan aktuari itu dan juga mengambil kira dasar sosial Kerajaan, boleh termasuk—

(a)

cadangan bagi skel baru kelas gaji dan caruman;

(b)

cadangan bagi perubahan tentang kadar faedah wang tunai tertentu termasuk kadar pencen yang telah pun dalam pembayaran; dan

(c)

peluasan faedah.

Report