Seksyen 45
Kewajipan dan obligasi am syarikat pengurusan
Tiap-tiap syarikat pengurusan hendaklah—
Skim Kepentingan 61
(a)
mengambil segala langkah yang munasabah dan usaha wajar untuk memastikan bahawa skim itu diuruskan mengikut peruntukan Akta ini, dokumen penawaran seperti prospektus atau pernyataan penzahiran produk dan surat ikatan amanah atau perjanjian kontraktual;
(b)
menjalankan usaha wajar dan cermat dalam menguruskan aset dan dana skim itu;
(c)
bertanggungjawab bagi tindakan dan peninggalan pekerjanya, mana-mana orang yang pada masa itu menjalankan fungsi syarikat pengurusan atau orang yang perkhidmatannya digunakan oleh syarikat pengurusan itu;
(d)
terus bertanggungan kepada pemegang kepentingan bagi apa-apa tindakan atau peninggalan, walau apa pun apa-apa jua yang terkandung dalam mana-mana kontrak atau perjanjian;
(e)
memastikan bahawa pegawai atau pekerjanya tidak menggunakan secara tidak wajar jawatan mereka atau maklumat untuk mendapatkan, secara langsung atau tidak langsung, kelebihan bagi diri pegawai atau pekerja itu atau bagi mana-mana orang lain atau menyebabkan skim itu terjejas; dan
(f)
mematuhi waad yang terkandung dalam surat ikatan amanah atau terma yang termaktub dalam perjanjian kontraktual.
(2)
Syarikat pengurusan dan tiap-tiap pegawai yang melanggar seksyen ini melakukan suatu kesalahan dan boleh, apabila disabitkan, didenda tidak melebihi lima ratus ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi tiga tahun atau kedua-duanya.