Skip to content

Seksyen 49

of Akta Skim Kepentingan 2016

ActIn forceProvision 49 of 92

Seksyen 49

(1)

Wang yang tersedia untuk pelaburan di bawah surat ikatan amanah atau perjanjian kontraktual tidak boleh dilaburkan dalam atau dipinjamkan kepada syarikat pengurusan itu, pemegang amanah atau mana-mana syarikat yang disifatkan berkaitan dengan syarikat pengurusan itu atau pemegang amanah itu di bawah seksyen 7 Akta

Syarikat 2016.

(2)

Walau apa pun subseksyen (1), wang yang tersedia untuk pelaburan di bawah surat ikatan amanah atau perjanjian kontraktual boleh dilaburkan atau dipinjamkan kepada suatu perbadanan yang ditetapkan.

(3)

Bagi maksud seksyen ini, “perbadanan yang ditetapkan”

ertinya—

(a)

suatu perbadanan perbankan; atau

(b)

suatu perbadanan atau kelas perbadanan yang, atas syor

Bank Negara Malaysia, telah diisytiharkan oleh Menteri yang dipertanggungkan dengan tanggungjawab bagi kewangan menjadi suatu perbadanan yang ditetapkan melalui notis yang disiarkan dalam Warta.

Skim Kepentingan 65

(4)

Syarikat pengurusan dan tiap-tiap pegawai yang melanggar seksyen ini melakukan suatu kesalahan dan boleh, apabila disabitkan, didenda tidak melebihi lima ratus ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi tiga tahun atau kedua-duanya.

Pendaftar boleh menyatakan kewajipan, obligasi dan pelakuan yang berhubungan dengan suatu skim