Seksyen 52
Pelantikan dan kelulusan juruaudit
ActIn forceProvision 52 of 92
Seksyen 52
(1)
Syarikat pengurusan hendaklah melantik seorang juruaudit bagi maksud mengaudit keseluruhan perniagaan skim yang ditadbir oleh syarikat pengurusan.
Skim Kepentingan 67
(2)
Tiada pengarah atau pekerja suatu syarikat pengurusan, pemegang amanah atau penjaga dan tiada firma yang baginya mana-mana pengarah atau pekerja merupakan seorang anggota boleh dilantik sebagai juruaudit suatu skim kepentingan.
(3)
Seseorang juruaudit yang telah dipecat oleh syarikat pengurusan daripada jawatannya sebagai juruaudit hendaklah memaklumkan Pendaftar dalam masa tujuh hari dari tarikh pemecatannya itu.