Seksyen 54
Kewajipan juruaudit untuk menzahirkan amalan ketidakteraturan atau amalan yang tidak wajar
Taip-tiap juruaudit hendaklah—
(a)
dalam melaksanakan tanggungjawabnya sebagai seorang juruaudit suatu skim, melaporkan kepada syarikat pengurusan—
(i)
apa-apa amalan ketidakteraturan atau amalan yang tidak wajar dalam pentadbiran skim yang sampai kepada pengetahuannya; atau
(ii)
apa-apa kesalahan serius yang melibatkan fraud atau ketidakjujuran yang telah dilakukan oleh pegawai syarikat pengurusan itu; dan
(b)
mengemukakan suatu salinan laporan itu kepada Pendaftar jika terdapat sebab yang munasabah untuk mempercayai bahawa laporan itu adalah atau mungkin menjadi kepentingan material kepada Pendaftar.
Skim Kepentingan 71
(2)
Bagi maksud seksyen ini—
(a)
suatu laporan menjadi kepentingan material kepada
Pendaftar jika laporan itu menguruskan suatu perkara yang, kerana sifat atau potensi kesan kewangan, telah menyebabkan atau mungkin menyebabkan kerugian kewangan kepada skim atau mana-mana pemegang kepentingan atau pemiutang; dan
(b)
“kesalahan serius yang melibatkan fraud atau ketidakjujuran” ertinya suatu kesalahan yang boleh dihukum dengan pemenjaraan selama tempoh tidak kurang daripada dua tahun atau nilai aset yang diperoleh atau boleh diperoleh atau apa-apa kerugian yang ditanggung oleh skim, syarikat pengurusan atau pemegang kepentingan daripada pelakuan kesalahan itu melebihi dua ratus lima puluh ribu ringgit.
(3)
Seseorang juruaudit yang melanggar seksyen ini melakukan suatu kesalahan dan boleh, apabila disabitkan, dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi lima tahun atau didenda tidak melebihi tiga juta ringgit atau kedua-duanya.