Interest Schemes Act 2016 · Updated to 1 Mar 2018 · Bahagian IV · Pengurusan, Audit dan Mesyuarat
55. Rekuisisi mesyuarat oleh pemegang kepentingan
Feedback & supportPemegang kepentingan suatu skim itu boleh meminta pengarah suatu syarikat pengurusan itu untuk memanggil suatu mesyuarat pemegang kepentingan.
Pengarah syarikat pengurusan itu hendaklah memanggil mesyuarat pemegang kepentingan jika syarikat pengurusan itu menerima suatu permohonan daripada tidak kurang daripada lima puluh bilangannya atau sepuluh peratus pemegang kepentingan, mana-mana yang lebih rendah.
72 Undang-Undang Malaysia AKTA 778
Suatu mesyuarat yang dipanggil bagi maksud seksyen ini hendaklah—
diadakan pada masa dan tempat yang dinyatakan dalam notis dan iklan, pada masa tidak lewat daripada dua bulan selepas pemberian notis itu;
dipengerusikan oleh—
seseorang yang dilantik oleh pemegang kepentingan yang berhubung dengan surat ikatan amanah atau perjanjian kontraktual itu yang hadir pada mesyuarat itu; atau
jika tiada pelantikan dibuat di bawah subperenggan (i), seorang penama pemegang amanah; dan
dijalankan mengikut surat ikatan amanah atau perjanjian kontraktual atau, jika tiada peruntukan sedemikian dalam surat ikatan amanah atau perjanjian kontraktual, sebagaimana yang diarahkan oleh pengerusi mesyuarat.
Syarikat pengurusan dan tiap-tiap pegawai yang melanggar subseksyen (1) melakukan suatu kesalahan dan boleh, apabila disabitkan, didenda tidak melebihi dua puluh ribu ringgit.