Skip to content

Seksyen 61

of Akta Skim Kepentingan 2016

ActIn forceProvision 61 of 92

Seksyen 61

(1)

Minit prosiding mesyuarat tahunan itu, jika berupa sebagai ditandatangani oleh pengerusi mesyuarat itu atau oleh pengerusi mesyuarat tahunan yang akan datang, ialah keterangan yang mencukupi bagi prosiding semasa mesyuarat itu.

(2)

Jika terdapat suatu rekod prosiding mesyuarat tahunan bagi suatu skim, maka, sehingga dibuktikan sebaliknya—

(a)

mesyuarat itu disifatkan telah diadakan dan bersidang dengan sewajarnya; dan

(b)

semua prosiding semasa mesyuarat itu disifatkan telah berjalan dengan sewajarnya.