Seksyen 46
Obligasi terhadap pemegang amanah
Suatu syarikat pengurusan—
62 Undang-Undang Malaysia AKTA 778
(a)
hendaklah membayar kepada pemegang amanah apa-apa wang yang perlu dibayar kepada pemegang amanah di bawah surat ikatan amanah atau perjanjian kontraktual dalam masa tiga puluh hari selepas wang itu diterima oleh syarikat pengurusan itu;
(b)
tidak boleh tanpa kebenaran pemegang amanah, menyiarkan atau menyebabkan apa-apa penyiaran iklan, pekeliling atau dokumen lain yang mengandungi apa-apa pernyataan mengenai harga jualan kepentingan atau hasil yang diperoleh yang berhubung dengan surat ikatan amanah atau perjanjian kontraktual itu atau mengandungi apa-apa pelawaan untuk membeli kepentingan;
(c)
hendaklah menyediakan atau memastikan bahawa apa-apa butiran sebagaimana yang dikehendaki oleh pemegang amanah tersedia kepada pemegang amanah berkenaan dengan semua perkara yang berhubungan dengan kontrak, perkiraan, aku janji atau perusahaan yang berhubung dengan surat ikatan amanah atau perjanjian kontraktual itu;
(d)
hendaklah menjadikan tersedia kepada pemegang amanah semua buku syarikat, sama ada disimpan di pejabat berdaftar atau di tempat lain bagi pemeriksaan; dan
(e)
hendaklah memberikan kepada pemegang amanah apa-apa maklumat secara lisan atau bertulis sebagaimana yang dikehendaki oleh pemegang amanah mengenai semua perkara yang berhubungan dengan kontrak, perkiraan, aku janji atau perusahaan syarikat itu atau mana-mana harta syarikat atau selainnya yang berhubungan dengan skim itu, sama ada diperoleh sebelum atau selepas tarikh surat ikatan amanah atau perjanjian kontraktual.
(2)
Syarikat pengurusan dan tiap-tiap pegawai yang melanggar seksyen ini melakukan suatu kesalahan dan boleh, apabila disabitkan, didenda tidak melebihi lima ratus ribu ringgit.
Skim Kepentingan 63