Seksyen 57
Cara notis diberikan
(1)
Notis mesyuarat pemegang kepentingan hendaklah secara bertulis dan diberikan kepada pemegang kepentingan sama ada—
(a)
dalam salinan cetak;
(b)
dalam bentuk elektronik;
(c)
sebahagiannya dalam salinan cetak dan sebahagiannya dalam bentuk elektronik; atau
(d)
melalui laman sesawang.
(2)
Melainkan jika diperuntukkan selainnya dalam surat ikatan amanah atau perjanjian kontraktual, suatu notis—
(a)
yang diberikan dalam salinan cetak hendaklah dihantar kepada mana-mana pemegang kepentingan sama ada secara peribadi atau melalui pos ke alamat yang dibekalkan oleh pemegang kepentingan itu kepada syarikat pengurusan bagi maksud itu; atau
(b)
yang diberikan dalam bentuk elektronik hendaklah dihantar ke alamat yang diberikan oleh pemegang kepentingan itu kepada syarikat pengurusan bagi maksud itu atau dengan menyiarkannya di laman sesawang.