Skip to content

Seksyen 48

Pengasingan dana pemegang kepentingan dan orang lain

of Akta Skim Kepentingan 2016

ActIn forceProvision 48 of 92
Seksyen 48
(1)

Syarikat pengurusan hendaklah memastikan bahawa suatu akaun amanah yang berasingan disenggara dan dikawal oleh pemegang amanah bagi setiap skim yang ditadbir oleh syarikat pengurusan itu.

(2)

Dana yang didepositkan ke dalam akaun amanah yang disebut dalam subseksyen (1) hanya boleh dikeluarkan bagi maksud membuat pembayaran—

(a)

kepada pemegang kepentingan atau orang yang layak menerima pembayaran itu; atau

(b)

mengikut Akta ini, mana-mana undang-undang bertulis lain, surat ikatan amanah atau perjanjian kontraktual.

(3)

Apa-apa lebihan baki dalam akaun amanah selepas pembayaran atau peruntukan bagi semua tuntutan pemegang kepentingan yang dananya telah, atau sepatutnya telah didepositkan dalam akaun itu, tidak dianggap sebagai suatu harta amanah dan hendaklah diuruskan seolah-olah lebihan baki itu ialah wang yang tidak dituntut di bawah undang-undang yang berhubungan dengan wang yang tidak dituntut.

(4)

Pendaftar boleh, atas suatu permohonan oleh seseorang yang mempunyai kepentingan kewangan dalam atau tuntutan terhadap suatu akaun amanah, membuat suatu perintah—

64 Undang-Undang Malaysia AKTA 778

(a)

untuk menghalang pemegang amanah daripada mengendalikan suatu akaun amanah dalam apa cara sekalipun; dan

(b)

untuk melantik mana-mana orang untuk mentadbir akaun itu dan untuk menentukan kewajipan dan kuasa orang itu dalam mentadbirkan akaun itu.

(5)

Mana-mana orang yang terkilan dengan keputusan Pendaftar di bawah seksyen ini boleh merayu kepada Mahkamah.

Larangan melabur dan meminjamkan wang kepada syarikat pengurusan, dsb.