Seksyen 58
Pemberitahuan penyiaran notis mesyuarat di laman sesawang
Notis mesyuarat pemegang kepentingan yang diberikan oleh suatu syarikat pengurusan melalui laman sesawang tidak sah
74 Undang-Undang Malaysia AKTA 778
melainkan jika suatu pemberitahuan bagi maksud itu diberikan mengikut seksyen ini.
(2)
Syarikat pengurusan hendaklah memberitahu pemegang kepentingan mengenai penyiaran notis mesyuarat di laman sesawang dan pemberitahuan itu hendaklah secara bertulis dan diberikan dalam salinan cetak atau bentuk elektronik yang menyatakan—
(a)
bahawa pemberitahuan itu adalah mengenai mesyuarat pemegang kepentingan; dan
(b)
tempat, tarikh dan masa mesyuarat.
(3)
Notis itu hendaklah dijadikan tersedia di laman sesawang sepanjang tempoh bermula dari tarikh pemberitahuan yang disebut dalam subseksyen (2) sehingga tamatnya mesyuarat itu.
Tatacara semasa mesyuarat dan proksi