Akta Perkhidmatan Kewangan dan Sekuriti Labuan 2010 · Updated to 15 Oct 2022 · Bahagian XI · Rayuan
192. Salah nyataan
Feedback & supportSeseorang yang—
dengan sengaja atau dengan melulu membuat sesuatu salah nyataan dalam apa-apa dokumen atau bahan atau rekod yang dikehendaki supaya difailkan, diberikan atau dihantar serah di bawah Akta ini;
membuat apa-apa pernyataan atau memberikan apa-apa maklumat yang dikehendaki di bawah Akta ini yang diketahuinya palsu atau mengelirukan;
dengan disedarinya tidak menzahirkan apa-apa fakta atau maklumat yang dikehendaki supaya dizahirkan di bawah
Akta ini; atau
mempunyai jagaan ke atas, atau mempunyai milikan atau kawalan secara berseorangan atau bersama seorang lain atau bersama beberapa orang lain atau mempunyai kawalan ke atas apa-apa maklumat, rekod, buku atau dokumen lain yang disebut dalam peruntukan Akta ini yang enggan atau dengan sengaja abai untuk mematuhi apa-apa arahan sah di sisi undang-undang yang diberikan di bawah peruntukan sedemikian, melakukan suatu kesalahan dan boleh, apabila disabitkan, didenda tidak melebihi satu juta ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi tiga tahun atau kedua-duanya.