Seksyen 194
Kuasa untuk mengkompaun
of Akta Perkhidmatan Kewangan dan Sekuriti Labuan 2010
Lembaga boleh, dengan keizinan bertulis Pendakwa
Raya, dalam kes yang difikirkannya patut dan sesuai untuk berbuat demikian, mengkompaunkan apa-apa kesalahan yang dilakukan oleh mana-mana orang yang boleh dihukum di bawah Akta ini dengan membuat suatu tawaran bertulis kepada orang itu untuk mengkompaunkan kesalahan itu atas pembayaran kepada Lembaga, dalam masa yang ditentukan dalam tawaran itu, suatu amaun yang tidak melebihi lima puluh peratus daripada amaun denda maksimum yang orang itu boleh dikenakan jika dia disabitkan atas kesalahan itu.
Perkhidmatan Kewangan dan Sekuriti Labuan 203
(2)
Suatu tawaran di bawah subseksyen (1) boleh dibuat pada bila-bila masa selepas kesalahan itu dilakukan, tetapi sebelum apa-apa pendakwaan baginya dimulakan.
(3)
Jika amaun yang ditentukan dalam tawaran di bawah subseksyen (1) tidak dibayar dalam masa yang ditentukan dalam tawaran itu, atau dalam apa-apa tempoh lanjut yang dibenarkan oleh Lembaga, pendakwaan bagi kesalahan itu boleh dimulakan pada bila-bila masa selepas itu terhadap orang yang kepadanya tawaran itu telah dibuat.
(4)
Jika sesuatu kesalahan telah dikompaunkan di bawah subseksyen (1), tiada pendakwaan boleh dimulakan selepas itu berkenaan dengan kesalahan itu terhadap orang yang kepadanya tawaran itu telah dibuat.
(5)
Apa-apa wang yang dibayar kepada Lembaga menurut subseksyen (1) hendaklah dibayar ke dalam dan menjadi sebahagian daripada Kumpulan Wang yang ditubuhkan di bawah seksyen 29
Akta Lembaga Perkhidmatan Kewangan Labuan 1996.