Akta Pengangkutan Awam Darat 2010 · Updated to 1 Jul 2025 · Bab 3
13. Skim penentuan harga bagi kesesakan kawasan
Feedback & supportWalau apa pun apa-apa jua dalam mana-mana undang-undang bertulis yang lain, Menteri boleh, melalui perintah yang disiarkan dalam Warta, menetapkan caj penentuan harga bagi kesesakan kawasan yang hendaklah dibayar oleh pengguna jalan yang terletak di dalam mana-mana kawasan yang ditentukan, dengan syarat bahawa suatu perintah berkenaan dengan mana-mana jalan yang terletak dalam bidang kuasa sesuatu pihak berkuasa yang berkenaan yang diperihalkan dalam perenggan 67(a), (b), (c) dan (e) Akta
Pengangkutan Jalan 1987 hendaklah dibuat dengan persetujuan pihak berkuasa yang berkenaan itu.
Suatu perintah di bawah subseksyen (1) hendaklah menyatakan—
bahagian jalan di dalam sesuatu kawasan yang ditentukan yang berkenaan dengannya suatu caj penentuan harga bagi kesesakan kawasan boleh dituntut, dikutip dan dipegang simpan;
orang yang diberi kuasa untuk menuntut dan mengutip,
42 Undang-Undang Malaysia AKTA 715
dan orang yang diberi kuasa untuk memegang simpan, caj penentuan harga bagi kesesakan kawasan itu, termasuk jangka masa pemberikuasaan itu;
kewajipan dan obligasi orang yang diberi kuasa di bawah perenggan (b);
orang dan kelas kenderaan yang berkenaan dengannya caj penentuan harga bagi kesesakan kawasan boleh dituntut, dikutip dan dipegang simpan;
kadar atau kadar-kadar bagi caj penentuan harga bagi kesesakan kawasan yang boleh dikenakan;
masa dan cara pembayaran caj penentuan harga bagi kesesakan kawasan, termasuk tempat atau poin kutipan dan masa yang wang itu hendaklah dibayar;
orang atau kelas kenderaan yang hendak dikecualikan daripada pembayaran caj penentuan harga bagi kesesakan kawasan bagi apa-apa tempoh yang ditetapkan dalam perintah itu, tertakluk pada apa-apa syarat yang disifatkan patut dikenakan berkaitan dengannya; dan
apa-apa hal keadaan atau syarat lain, yang tidak termasuk dalam subseksyen ini yang berhubungan dengan tuntutan, kutipan dan pemegangan simpan caj penentuan harga bagi kesesakan kawasan itu.
Seseorang yang tidak membayar caj penentuan harga bagi kesesakan kawasan mengikut cara yang dinyatakan dalam perintah di bawah subseksyen (1) atau peraturan-peraturan yang dibuat di bawah Akta ini melakukan suatu kesalahan dan boleh, apabila disabitkan, didenda tidak melebihi dua ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi enam bulan atau kedua-duanya.
Jika suatu caj penentuan harga bagi kesesakan kawasan ditetapkan menurut seksyen ini berkenaan dengan mana-mana jalan yang terletak dalam bidang kuasa suatu pihak berkuasa yang berkenaan
Pengangkutan Awam Darat 43
yang diperihalkan dalam perenggan 67(a), (b), (c) dan (e) Akta
Pengangkutan Jalan 1987—
tanggungjawab untuk menuntut dan mengutip hasil caj penentuan harga bagi kesesakan kawasan sedemikian diserahhakkan kepada pihak berkuasa yang berkenaan itu;
pihak berkuasa yang berkenaan itu hendaklah membayar atau menyebabkan supaya dibayar bahagian yang tinggal daripada hasil caj penentuan harga bagi kesesakan kawasan itu ke dalam Kumpulan Wang mengikut subseksyen (5)
selepas mengakaun bagi apa-apa amaun yang diperihalkan dalam perenggan (c) dan (d);
pihak berkuasa yang berkenaan itu hendaklah berhak kepada apa-apa bahagian daripada hasil caj penentuan harga bagi kesesakan kawasan itu yang ditetapkan dan diserahhakkan kepadanya oleh Menteri dari semasa ke semasa; dan
pihak berkuasa yang berkenaan itu hendaklah dibayar balik pada kos didokumenkan yang sebenar bagi perbelanjaan sampingan yang perlu yang ditanggung, dengan persetujuan bertulis Menteri terlebih dahulu, berkaitan dengan pelaksanaan tanggungjawabnya di bawah perenggan (a).
Bahagian yang tinggal daripada hasil caj penentuan harga bagi kesesakan kawasan yang dituntut dan dikutip menurut suatu perintah di bawah seksyen ini hendaklah, selepas mengakaun bagi semua amaun yang kena dibayar di bawah perenggan (4)(c) dan (d) kepada pihak berkuasa yang berkenaan, dibayar ke dalam dan menjadi sebahagian daripada Kumpulan Wang, mengikut cara yang ditetapkan.
Bagi maksud seksyen ini—
“kutipan” hendaklah termasuk mendapatkan semula di sisi undang-undang atau selainnya apa-apa caj penentuan harga bagi kesesakan kawasan atau bahagiannya;
44 Undang-Undang Malaysia AKTA 715
“poin kutipan” ertinya poin yang ditentukan dalam suatu perintah di bawah seksyen ini sebagai poin di mana caj penentuan harga bagi kesesakan kawasan kena dibayar kepada dan dikutip oleh orang yang diberi kuasa dalam perintah itu untuk menuntut dan mengutip caj penentuan harga bagi kesesakan kawasan itu.
(Dipotong oleh Akta A1574).