Skip to content
In forceUpdated to 1 Jul 2025Read it in English

Bab 2

6. Pelesenan terminal

Feedback & support
(1)

Tertakluk pada seksyen 194 dan 195, tiada seorang pun boleh mengendalikan mana-mana terminal melainkan jika dia memegang suatu lesen yang dikeluarkan di bawah seksyen ini.

(2)

Sesuatu permohonan bagi lesen di bawah seksyen ini hendaklah dibuat kepada Ketua Pengarah Pengangkutan Awam Darat dalam bentuk dan mengikut cara yang ditentukan oleh Ketua Pengarah

Pengangkutan Awam Darat dan hendaklah disertai dengan fi permohonan yang ditetapkan dan apa-apa maklumat dan dokumen yang dinyatakan oleh Ketua Pengarah Pengangkutan Awam Darat.

(3)

Pemohon hendaklah memberi Ketua Pengarah Pengangkutan

Awam

Darat maklumat yang lengkap tentang kedudukan kewangannya untuk membuktikan keupayaannya untuk menyenggarakan dan mengendalikan terminal yang memadai, memuaskan, selamat dan cekap.

(4)

Tertakluk pada Akta ini, Ketua Pengarah Pengangkutan Awam

Darat boleh, apabila suatu permohonan dibuat bagi lesen di bawah seksyen ini—

(a)

meluluskan permohonan sepenuhnya atau sebahagiannya atau dengan apa-apa ubah suaian yang difikirkan patut oleh

Ketua Pengarah Pengangkutan Awam Darat, dan, apabila

Pengangkutan Awam Darat 29

dibayar fi yang ditetapkan, mengeluarkan lesen kepada pemohon; atau

(b)

menolak permohonan itu.

(5)

Tiap-tiap lesen yang dikeluarkan di bawah seksyen ini hendaklah menyatakan jangka masa lesen itu dan Ketua Pengarah

Pengangkutan Awam Darat boleh mengenakan syarat pada lesen itu yang termasuk—

(a)

takat, jam dan tahap am perkhidmatan di terminal;

(b)

penyenggaraan dan pengendalian terminal dan apa-apa kelengkapan di dalamnya;

(c)

keselamatan dan sekuriti orang yang menggunakan atau terlibat dalam apa-apa kerja di terminal;

(d)

fi maksimum yang ditetapkan yang kena dibayar kepada pemegang lesen terminal oleh pemegang lesen, pengendali berlesen dan orang awam bagi penggunaan terminal itu;

(e)

syarat dan penggunaan terminal oleh pekerja, ejen, penyewa dan kontraktor pemegang lesen terminal itu dan orang awam; dan

(f)

standard prestasi yang perlu dipatuhi oleh pemegang lesen terminal dalam menyenggarakan dan mengendalikan terminal itu.

(6)

Ketua Pengarah Pengangkutan Awam Darat boleh, pada bila-bila masa, menambahkan, membatalkan, atau mengubah mana-mana syarat yang dikenakan pada suatu lesen yang dikeluarkan di bawah seksyen ini.

(7)

Pengeluaran suatu lesen oleh Ketua Pengarah Pengangkutan

Awam Darat di bawah subseksyen (4) tidaklah mengenakan apa-apa tanggungan pada Ketua Pengarah Pengangkutan Awam Darat bagi apa-apa kerugian atau kerosakan yang disebabkan oleh apa-apa perbuatan, peninggalan atau keingkaran pemegang lesen terminal itu.

30 Undang-Undang Malaysia AKTA 715

(8)

Seseorang yang mengendalikan suatu terminal dengan melanggar subseksyen (1) melakukan suatu kesalahan dan boleh, apabila disabitkan, didenda tidak melebihi satu juta ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi lima tahun atau kedua-duanya.

(9)

Seseorang pemegang lesen terminal yang tidak mematuhi mana-mana syarat yang dikenakan pada lesen di bawah subseksyen (5)

melakukan suatu kesalahan dan boleh, apabila disabitkan, didenda tidak kurang daripada satu ribu ringgit tetapi tidak lebih daripada lima ratus ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi dua tahun atau kedua-duanya.

Report

Bab 3

Bahagian III

Kenderaan Perkhidmatan Awam, Kenderaan Pelancongan dan Kenderaan Barangan

Bab 1

Bab

Bab 4 Bahagian ini dipatuhi sepenuhnya.

Bab 4

Bab 5

Bab 6

Bahagian IV

Kereta Api

Bab 7

Bab 8

Bab 9

Bahagian V

Penyepaduan

Bahagian VI

Kemalangan, Siasatan dan Penyiasatan

Bahagian VII

Bahagian VII–

Bahagian VIII

Rayuan

Bahagian IX

Pengambilalihan Kawalan

Bahagian X

Kesalahan Umum dan Penalti

Bahagian XI

Kuasa Mengumpulkan Maklumat dan Peruntukan Penguatkuasaan

Bahagian XII

Schedules