Skip to content
In forceUpdated to 1 Jul 2025Read it in English

Bahagian X · Kesalahan Umum dan Penalti

198. Section 198

Feedback & support
(1)

Tiada seorang pun boleh membawa atau menyebabkan supaya dibawa ke atas suatu kenderaan yang berkaitan atau kereta api, apa-apa barangan atau bagasi yang berbahaya atau memudaratkan—

(a)

daripada kelas atau jenis yang ditetapkan; dan

(b)

kecuali mengikut peraturan-peraturan yang dibuat di bawah

Akta ini berkenaan dengan pembawaan barangan yang berbahaya atau memudaratkan oleh kenderaan yang berkaitan atau kereta api.

(2)

Tiada apa-apa jua dalam seksyen ini atau mana-mana perintah atau peraturan-peraturan yang dibuat di bawah Akta ini boleh ditafsirkan sebagai mengurangkan mana-mana undang-undang bertulis yang berkuat kuasa yang berhubungan dengan pemilikan atau pengangkutan barangan atau bagasi yang berbahaya atau memudaratkan.

184 Undang-Undang Malaysia AKTA 715

(3)

Seseorang pemegang lesen atau pengendali berlesen boleh enggan untuk membawa apa-apa barangan atau bagasi yang disyaki mengandungi benda yang berbahaya sifatnya, dan boleh menghendaki supaya barangan atau bagasi itu dibuka.

(4)

Dalam hal mana-mana barangan atau bagasi itu telah diterima oleh mana-mana pemegang lesen atau pengendali berlesen bagi maksud membawanya di atas kenderaan yang berkaitan atau kereta api, mana-mana pekerja pemegang lesen atau pengendali berlesen itu boleh menghentikan penghantarannya sehingga dia berpuas hati tentang sifat kandungan barangan atau bagasi itu.

(5)

Seseorang yang membawa atau mendepositkan atau menyebabkan supaya dibawa atau didepositkan mana-mana barangan atau bagasi yang berbahaya atau memudaratkan di atas suatu kenderaan yang berkaitan atau kereta api berlanggaran dengan subseksyen (1) melakukan suatu kesalahan dan boleh, apabila disabitkan, didenda tidak melebihi lima puluh ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi tujuh tahun atau kedua-duanya.

Memasuki atau meninggalkan koc kereta api, kenderaan perkhidmatan awam atau kenderaan pelancongan, dsb., semasa sedang bergerak atau membuat perjalanan di luar aturan

Report

Bahagian XI

Kuasa Mengumpulkan Maklumat dan Peruntukan Penguatkuasaan

Bahagian XII

Schedules