Skip to content
In forceUpdated to 1 Jul 2025Read it in English

Bahagian VI · Kemalangan, Siasatan dan Penyiasatan

145. Notis mengenai kemalangan hendaklah diberikan

Feedback & support
(1)

Apabila berlaku suatu kemalangan yang melibatkan kereta api—

(a)

pegawai kereta api yang menjaga suatu stesen kereta api yang paling hampir dengan tempat berlakunya kemalangan itu, hendaklah, tanpa kelengahan yang tidak perlu tetapi dalam apa-apa hal tidak lewat daripada dua puluh empat jam selepas berlakunya kemalangan itu, memberikan notis mengenai kemalangan itu secara bertulis atau melalui apa-apa bentuk telekomunikasi kepada pegawai yang menjaga balai polis yang paling hampir; dan

(b)

pengendali berlesen itu hendaklah, tanpa kelengahan yang tidak perlu tetapi dalam apa-apa hal tidak lewat daripada dua puluh empat jam selepas berlakunya kemalangan itu, menghantar suatu notis bertulis mengenai kemalangan itu kepada Ketua Pengarah Pengangkutan Awam Darat.

(2)

Notis itu hendaklah mengandungi pernyataan ringkas mengenai sifat kemalangan itu dan takat kecederaan atau kerosakan yang diakibatkan oleh kemalangan itu.

Report

Bahagian VII

Bahagian VII–

Bahagian VIII

Rayuan

Bahagian IX

Pengambilalihan Kawalan

Bahagian X

Kesalahan Umum dan Penalti

Bahagian XI

Kuasa Mengumpulkan Maklumat dan Peruntukan Penguatkuasaan

Bahagian XII

Schedules