Akta Pengangkutan Awam Darat 2010 · Updated to 1 Jul 2025 · Bab 6
77. Memberhentikan, menahan dan memeriksa kenderaan yang berkaitan
Feedback & supportJika mana-mana pegawai polis berpakaian seragam, pegawai pengangkutan jalan berpakaian seragam atau pegawai pengangkutan awam darat berpakaian seragam mempunyai sebab yang munasabah untuk mempercayai bahawa peruntukan Akta ini atau mana-mana syarat suatu lesen atau lesen pengendali yang dikeluarkan di bawah
Akta ini tidak dipatuhi berkenaan dengan mana-mana kenderaan yang berkaitan, dia boleh menghendaki supaya kenderaan itu diberhentikan dan boleh menghendaki pemandu kenderaan itu supaya memandu kenderaan itu ke suatu tempat lain, dan kenderaan itu boleh, jika perlu, ditahan oleh mana-mana pegawai polis yang berpangkat tidak rendah daripada Sarjan atau mana-mana pegawai polis yang menjaga suatu balai polis bagi maksud pemeriksaan oleh seorang pegawai polis, pegawai pengangkutan jalan atau pegawai pengangkutan awam darat untuk memastikan sama ada peruntukan Akta ini atau syarat lesen atau lesen pengendali itu telah dipatuhi.
Tiada kenderaan yang berkaitan boleh ditahan di bawah seksyen ini bagi tempoh yang melebihi empat puluh lapan jam.
Jika selepas pemeriksaan kenderaan yang berkaitan itu, didapati bahawa pemegang lesen atau pengendali berlesen itu telah melanggar peruntukan Akta ini atau mana-mana syarat suatu lesen atau lesen pengendali yang dikeluarkan di bawah Akta ini, Ketua Pengarah
Pengangkutan Awam Darat boleh memerintahkan supaya penggunaan kenderaan itu diberhentikan atau kenderaan itu digunakan tertakluk pada apa-apa syarat yang difikirkan perlu oleh Ketua Pengarah
Pengangkutan Awam Darat untuk mematuhi Akta ini atau mana-mana syarat lesen atau lesen pengendali yang dikeluarkan di bawah Akta ini.
102 Undang-Undang Malaysia AKTA 715
Seseorang yang berlanggaran dengan subseksyen (1) tidak memberhentikan kenderaan yang berkaitannya melakukan suatu kesalahan dan boleh, apabila disabitkan, didenda tidak melebihi lima ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi enam bulan atau kedua-duanya.
Seseorang yang terus menggunakan kenderaan yang berkaitan itu berlanggaran dengan subseksyen (3) melakukan suatu kesalahan dan boleh, apabila disabitkan, didenda tidak melebihi satu ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi tiga tahun atau kedua-duanya.