Skip to content
In forceUpdated to 1 Jul 2025Read it in English

Bab 5

75. Tambang

Feedback & support
(1)

Tertakluk pada subseksyen (2), (3) dan (9), tiada seorang pun boleh menuntut, mengutip dan memegang simpan apa-apa tambang berhubung dengan suatu perkhidmatan kenderaan perkhidmatan awam yang melebihi apa-apa kadar tambang yang ditetapkan di bawah Akta ini.

(2)

Menteri boleh, atas syor Ketua Pengarah Pengangkutan Awam

Darat, mengecualikan mana-mana orang daripada pembayaran apa-apa tambang berhubung dengan suatu perkhidmatan kenderaan perkhidmatan awam, tertakluk pada apa-apa syarat yang difikirkannya patut.

(3)

Tiada apa jua dalam seksyen ini boleh menghalang seseorang pengendali berlesen perkhidmatan kenderaan perkhidmatan awam daripada mengecualikan mana-mana orang, selain orang yang dikecualikan oleh Menteri di bawah subseksyen (2), daripada membayar apa-apa tambang bagi apa-apa tempoh, jika suatu permohonan bagi pengecualian sedemikian dibuat oleh pengendali berlesen itu dan permohonan itu telah diluluskan oleh Ketua Pengarah

Pengangkutan Awam Darat 99

Pengangkutan Awam Darat secara bertulis, tertakluk pada apa-apa syarat yang difikirkannya patut.

(4)

Seseorang yang menuntut, mengutip atau memegang simpan atau cuba untuk menuntut, mengutip atau memegang simpan tambang dengan melanggar subseksyen (1) melakukan suatu kesalahan dan boleh, apabila disabitkan, didenda tidak melebihi lima puluh ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi tiga tahun atau kedua-duanya.

(5)

Tiap-tiap orang yang membuat perjalanan dengan suatu kenderaan perkhidmatan awam hendaklah, apabila dikehendaki supaya berbuat demikian, menunjukkan bukti pembayaran tambang kepada seorang pengendali berlesen perkhidmatan kenderaan perkhidmatan awam atau kepada pegawai diberi kuasa pengendali berlesen suatu perkhidmatan kenderaan perkhidmatan awam untuk memeriksa pembayaran tambang.

(6)

Bagi maksud seksyen ini, “bukti pembayaran tambang”

termasuklah tiket dan kad elektronik yang dikeluarkan bagi maksud pembayaran tambang atau apa-apa keterangan lain yang memuaskan mengenai pembayaran tambang sebagaimana yang dinyatakan dalam peraturan-peraturan yang dibuat di bawah perenggan 252(1)(ty).

(7)

Seseorang yang enggan, apabila diminta dengan sah, untuk membayar tambang yang sepatutnya bagi jarak yang dilaluinya, melakukan suatu kesalahan dan boleh, apabila disabitkan, didenda tidak melebihi satu ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi tiga bulan atau kedua-duanya.

(8)

Jika apa-apa pertikaian berbangkit tentang tambang yang dikira mengikut jarak, pertikaian itu hendaklah dirujukkan—

(a)

pada mula-mulanya, kepada pegawai diberi kuasa pengendali berlesen suatu perkhidmatan kenderaan perkhidmatan awam untuk memutuskan pertikaian itu;

(b)

atas rayuan terhadap keputusan pegawai diberi kuasa pengendali berlesen suatu perkhidmatan kenderaan perkhidmatan awam di bawah perenggan (a), kepada

100 Undang-Undang Malaysia AKTA 715

pegawai pengangkutan awam darat untuk memutuskan pertikaian itu, yang keputusannya adalah muktamad, dan apa-apa perakuan yang dikeluarkan oleh pegawai diberi kuasa pengendali berlesen suatu perkhidmatan kenderaan perkhidmatan awam atau pegawai pengangkutan awam darat, boleh diterima sebagai keterangan.

(9)

Seksyen ini tidaklah terpakai bagi suatu kereta sewa dan pandu bagi pelancong atau mana-mana kenderaan perkhidmatan awam yang digunakan bagi membawa penumpang tanpa sewa atau upah.

Report

Bab 6

Bahagian IV

Kereta Api

Bab 7

Bab 8

Bab 9

Bahagian V

Penyepaduan

Bahagian VI

Kemalangan, Siasatan dan Penyiasatan

Bahagian VII

Bahagian VII–

Bahagian VIII

Rayuan

Bahagian IX

Pengambilalihan Kawalan

Bahagian X

Kesalahan Umum dan Penalti

Bahagian XI

Kuasa Mengumpulkan Maklumat dan Peruntukan Penguatkuasaan

Bahagian XII

Schedules