Akta Pengangkutan Awam Darat 2010 · Updated to 1 Jul 2025 · Bab 8
121. Mabuk atau kemungkiran kewajipan oleh pegawai kereta api
Feedback & supportMana-mana pegawai kereta api yang—
(a)
berada dalam keadaan mabuk semasa menunaikan apa-apa kewajipannya; atau
(b)
enggan atau abai untuk melaksanakan kewajipannya atau melaksanakan kewajipannya dengan cara yang tidak wajar, jika kewajipannya adalah sedemikian sehingga keadaan mabuk atau keengganan, pengabaian atau pelaksanaan tidak wajar kewajipannya itu, mengikut mana-mana yang berkenaan, berkemungkinan akan membahayakan keselamatan mana-mana orang atau barangan yang dibawa di atas kereta api, melakukan suatu kesalahan dan boleh, apabila disabitkan, didenda tidak melebihi tiga ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi satu tahun atau kedua-duanya.