Akta Pengangkutan Awam Darat 2010 · Updated to 1 Jul 2025 · Bahagian XI · Kuasa Mengumpulkan Maklumat dan Peruntukan Penguatkuasaan
207. Pemberian maklumat
Feedback & supportWalau apa pun mana-mana undang-undang bertulis yang lain, jika Ketua Pengarah Pengangkutan Awam Darat mempunyai alasan yang munasabah untuk mempercayai bahawa mana-mana orang—
192 Undang-Undang Malaysia AKTA 715
mempunyai apa-apa maklumat atau dokumen yang berkaitan dengan pelaksanaan kuasa dan fungsi
Ketua Pengarah Pengangkutan Awam Darat di bawah undang-undang pengangkutan awam darat; atau
berupaya untuk memberikan apa-apa keterangan yang
Ketua Pengarah Pengangkutan Awam Darat mempunyai alasan yang munasabah untuk mempercayai adalah berkaitan dengan pelaksanaan kuasa dan fungsi
Ketua Pengarah Pengangkutan Awam Darat di bawah undang-undang pengangkutan awam darat, ia boleh, melalui notis bertulis, mengarahkan orang itu—
supaya memberi seorang pegawai pengangkutan awam darat, dalam tempoh dan mengikut cara dan dalam bentuk yang dinyatakan dalam notis itu, apa-apa maklumat sedemikian;
supaya mengemukakan kepada seorang pegawai pengangkutan awam darat, dalam tempoh dan mengikut cara yang dinyatakan dalam notis itu, apa-apa dokumen sedemikian, sama ada dalam bentuk fizikal atau dalam media elektronik;
supaya membuat salinan mana-mana dokumen sedemikian dan mengemukakan salinan itu kepada seorang pegawai pengangkutan awam darat dalam tempoh dan mengikut cara yang dinyatakan dalam notis itu;
jika orang itu ialah seorang individu, supaya hadir, pada suatu pendengaran tertutup, di hadapan seorang pegawai pengangkutan awam darat pada masa dan di tempat yang dinyatakan dalam notis itu untuk memberikan apa-apa keterangan, sama ada secara lisan atau bertulis, dan mengemukakan apa-apa dokumen sedemikian, sama ada dalam bentuk fizikal atau dalam media elektronik;
jika orang itu ialah suatu pertubuhan perbadanan atau badan awam, supaya menyebabkan seorang pegawai berwibawa
Pengangkutan Awam Darat 193
daripada pertubuhan atau badan itu untuk hadir, pada suatu pendengaran tertutup, di hadapan seorang pegawai pengangkutan awam darat pada masa dan di tempat yang dinyatakan dalam notis itu untuk memberikan apa-apa keterangan sedemikian, sama ada secara lisan atau bertulis, dan mengemukakan apa-apa dokumen sedemikian, sama ada dalam bentuk fizikal atau dalam bentuk media elektronik; atau
jika orang itu ialah suatu perkongsian, supaya menyebabkan seorang individu yang merupakan seorang rakan kongsi dalam perkongsian itu atau seorang pekerja dalam perkongsian itu untuk hadir, pada suatu pendengaran tertutup, di hadapan seorang pegawai pengangkutan awam darat pada masa dan di tempat yang dinyatakan dalam notis itu untuk memberikan apa-apa keterangan sedemikian, sama ada secara lisan atau bertulis, dan mengemukakan apa-apa dokumen sedemikian, sama ada dalam bentuk fizikal atau dalam media elektronik.
Ketua Pengarah Pengangkutan Awam Darat hendaklah membenarkan orang yang diarahkan sedemikian di bawah subseksyen (1) tempoh masa yang munasabah untuk memberikan apa-apa maklumat atau dokumen yang dinyatakan dalam notis itu.
Mana-mana orang yang dikehendaki supaya memberikan maklumat atau dokumen di bawah subseksyen (1) hendaklah memastikan bahawa maklumat atau dokumen yang diberikan itu adalah benar, tepat dan lengkap dan orang itu patut memberikan suatu representasi bagi maksud itu, termasuk suatu representasi bahawa dia tidak tahu tentang apa-apa maklumat atau dokumen lain yang mungkin menjadikan maklumat atau dokumen yang diberikan itu tidak benar atau mengelirukan.