Akta Pengangkutan Awam Darat 2010 · Updated to 1 Jul 2025 · Bahagian IX · Pengambilalihan Kawalan
194. Tindakan oleh Menteri dalam hal keadaan tertentu
Feedback & supportJika sesuatu lesen atau lesen pengendali yang dikeluarkan di bawah Akta ini telah dibatalkan atau digantung di bawah seksyen 9,
12D, 27, 45, 62 atau 104, dan Menteri berpuas hati bahawa adalah demi
Pengangkutan Awam Darat 177
kepentingan awam bagi apa-apa perkhidmatan atau kemudahan yang disediakan oleh pemegang lesen, pengendali berlesen, pemegang lesen terminal atau pemegang lesen perniagaan pengantaraan itu diteruskan—
Menteri boleh melalui perintah yang disiarkan dalam Warta memperuntukkan bagi Ketua Pengarah Pengangkutan
Awam Darat untuk mengambil alih kawalan ke atas keseluruhan harta, perniagaan dan hal ehwal pemegang lesen, pengendali berlesen, pemegang lesen terminal atau pemegang lesen perniagaan pengantaraan itu dan menjalankan keseluruhan perniagaan dan hal ehwalnya, atau untuk mengambil alih kawalan ke atas apa-apa bahagian harta, perniagaan dan hal ehwalnya dan menjalankan apa-apa bahagian perniagaan dan hal ehwalnya, sebagaimana yang dinyatakan dalam perintah itu, atau bagi Ketua Pengarah Pengangkutan Awam Darat untuk melantik mana-mana orang untuk berbuat demikian bagi pihak Ketua Pengarah Pengangkutan Awam Darat dan bagi kos dan perbelanjaan Ketua Pengarah Pengangkutan
Awam Darat atau saraan orang yang dilantik sedemikian, mengikut mana-mana yang berkenaan, dibayar daripada kumpulan wang dan harta pemegang lesen, pengendali berlesen, pemegang lesen terminal atau pemegang lesen perniagaan pengantaraan itu sebagai cagaran pertama ke atasnya;
Menteri boleh, sama ada atau tidak suatu perintah telah dibuat di bawah perenggan (a), membenarkan suatu permohonan dibuat oleh Ketua Pengarah Pengangkutan
Awam Darat kepada Mahkamah Tinggi untuk melantik seorang penerima atau pengurus untuk menguruskan keseluruhan harta, perniagaan dan hal ehwal pemegang lesen, pengendali berlesen, pemegang lesen terminal atau pemegang lesen perniagaan pengantaraan itu atau mana-mana bahagiannya sebagaimana yang dinyatakan dalam perintah itu, jika ada, dan bagi semua perintah atau arahan
Mahkamah Tinggi yang berdampingan, bersampingan atau berbangkit berhubung dengan pelantikan sedemikian yang,
178 Undang-Undang Malaysia AKTA 715
pada pendapat Ketua Pengarah Pengangkutan Awam Darat, adalah perlu atau suai manfaat.
Menteri boleh, melalui perintah yang disiarkan dalam Warta, mengecualikan orang yang dilantik menurut perenggan (1)(a) atau (b)
daripada peruntukan Bab 2 dan 2A Bahagian II, Bab 1, 2, 3 dan 4
Bahagian III dan Bab 4 dan 5 Bahagian IV.
Suatu perintah Menteri di bawah subseksyen (1) dan (2) boleh diubahsuaikan, dipinda, ditukar, diubah atau digantikan sama ada secara prospektif, atau jika adalah praktik atau adalah adil untuk berbuat demikian, secara ke belakang, melalui suatu perintah lanjut di bawah subseksyen (1) atau (2), mengikut mana-mana yang berkenaan.
Suatu perintah yang dibuat di bawah subseksyen (1), (2) atau (3)
boleh, pada bila-bila masa, dibatalkan melalui suatu perintah yang dibuat seumpamanya oleh Menteri dan apa-apa perintah sedemikian boleh mengandungi segala perintah, arahan atau peruntukan yang bersifat dampingan, sampingan atau berbangkit sebagaimana yang difikirkannya perlu atau suai manfaat oleh Menteri.
Tindakan oleh Menteri berkenaan dengan pemegang lesen, pengendali berlesen, pemegang lesen terminal atau pemegang lesen perniagaan pengantaraan demi kepentingan negara