Tertakluk pada subseksyen (2) dan (3), tiada seorang pun boleh menuntut, mengutip dan memegang simpan apa-apa tambang berhubung dengan perkhidmatan kereta api yang melebihi apa-apa kadar tambang yang diluluskan oleh Menteri di bawah seksyen 84, 86,
101 atau 120.
Menteri boleh, atas syor Ketua Pengarah Pengangkutan Awam
Darat, mengecualikan mana-mana orang daripada pembayaran apa-apa tambang berhubung dengan perkhidmatan kereta api, tertakluk pada apa-apa terma dan syarat yang difikirkannya patut.
Tiada apa jua dalam seksyen ini boleh menghalang seseorang pengendali berlesen daripada mengecualikan mana-mana orang, selain orang yang dikecualikan oleh Menteri di bawah subseksyen (2), daripada membayar apa-apa tambang bagi apa-apa tempoh, jika suatu permohonan bagi pengecualian itu dibuat oleh pengendali berlesen itu dan permohonan itu diluluskan oleh Ketua Pengarah Pengangkutan
Awam Darat secara bertulis, tertakluk pada apa-apa syarat yang difikirkannya patut.
Seseorang yang menuntut, mengutip atau memegang simpan atau cuba untuk menuntut, mengutip atau memegang simpan apa-apa tambang dengan melanggar subseksyen (1) melakukan suatu kesalahan dan boleh, apabila disabitkan, didenda tidak melebihi satu ratus ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi tiga tahun atau kedua-duanya.
Tiada seorang pun boleh membuat perjalanan dengan kereta api tanpa terlebih dahulu membayar tambangnya dan mendapatkan tiket.
Tiap-tiap orang yang bercadang untuk membuat perjalanan dengan kereta api hendaklah, selepas membayar tambangnya, diberi suatu tiket yang menyatakan kelas koc kereta api atau penginapan yang baginya, stesen atau tempat yang darinya, dan stesen atau tempat yang kepadanya, tambang itu dibayar.
144 Undang-Undang Malaysia AKTA 715
Tiap-tiap orang yang membuat perjalanan dengan kereta api hendaklah, apabila dikehendaki untuk berbuat demikian, menunjukkan bukti pembayaran tambang kepada seorang pengendali berlesen atau pegawai kereta api yang diberi kuasa dengan sewajarnya untuk memeriksa pembayaran tambang.
Bagi maksud seksyen ini, “bukti pembayaran tambang”
hendaklah termasuk tiket dan kad elektronik yang dikeluarkan bagi maksud pembayaran tambang atau apa-apa keterangan memuaskan yang lain mengenai pembayaran tambang sebagaimana yang dinyatakan dalam peraturan-peraturan yang dibuat di bawah perenggan 252(1)(ty).
Jika seseorang pengendali berlesen atau pegawai kereta api yang diberi kuasa dengan sewajarnya untuk memeriksa pembayaran tambang berpuas hati bahawa mana-mana orang telah menggunakan kereta api tanpa membayar tambang yang sepatutnya bagi jarak yang dilaluinya atau jika mana-mana orang tidak mengemukakan atau menghantarserahkan bukti pembayaran tambang berlanggaran dengan subseksyen (7), dia boleh menghendaki orang itu supaya membayar—
tambang bagi jarak yang dilaluinya; dan
suatu caj khas, yang tidak melebihi apa-apa jumlah yang ditetapkan.
Tambang dan caj khas itu hendaklah dibayar apabila dituntut kepada pegawai kereta api yang diberi kuasa dengan sewajarnya untuk memeriksa pembayaran tambang atau mengutip tiket, dan jika tidak dibayar sedemikian, pembayaran itu boleh didapatkan kembali oleh pengendali berlesen itu melalui tindakan undang-undang.
Jika apa-apa pertikaian berbangkit mengenai tambang yang dikira mengikut jarak, pertikaian itu boleh dirujukkan—
pada mula-mulanya, kepada pegawai kereta api yang diberi kuasa dengan sewajarnya untuk memutuskan pertikaian itu;
atas rayuan terhadap keputusan pegawai kereta api itu, kepada pegawai pengangkutan awam darat untuk
Pengangkutan Awam Darat 145
memutuskan pertikaian itu, yang keputusannya adalah muktamad, dan apa-apa perakuan yang dikeluarkan oleh pegawai kereta api yang diberi kuasa dengan sewajarnya atau pegawai pengangkutan awam darat itu, boleh diterima sebagai keterangan.